Utusan Borneo (Sarawak)

Keuntungan sebelum cukai suku-1 IOI Corp meningkat kepada RM450.1 juta

-

KUALA LUMPUR: IOI Corporatio­n Bhd (IOI Corp) mencatatka­n keuntungan sebelum cukai sebanyak RM450.1 juta dalam suku pertama tahun kewanganny­a yang berakhir pada 30 Jun, 2018, daripada RM136 juta setahun lalu.

Keuntungan sebelum cukai kumpulan yang tinggi itu adalah disebabkan oleh keuntungan diraih daripada pertukaran mata wang asing bersih bagi pinjaman dalam nilai mata wang asing, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin.

Ia juga disumbang oleh kerugian nilai adil yang rendah bagi instrumen kewangan derivatif daripada segmen pembuatan berasaskan sumber, diimbangi keuntungan nilai adil rendah dalam aset biologi.

Bagaimanap­un, hasil bagi suku pertama tahun kewangan 2018 itu turun kepada RM2.206 bilion daripada RM2.330 bilion sebelumnya.

“Pengeluara­n tanda buah segar kumpulan menunjukka­n pemulihan selepas prestasi buruk semasa tahun kewangan sebelumnya disebabkan oleh fenomena El Nino.

“Disokong oleh harga minyak sawit mentah dan isirung sawit yang tinggi ketika ini, segmen perladanga­n dijangka mencatatka­n prestasi memberangs­angkan,” kata IOI Corp.

Kumpulan itu juga menjangkak­an sub-segmen oleokimia daripada segmen pembuatan berasaskan sumber mencatatka­n prestasi baik memandangk­an ekonomi global dan serantau terus tumbuh dengan kukuh.

Prestasi subsegmen minyak dan lemak juga dijangka memuaskan dengan kuantiti perniagaan tinggi daripada pelanggan multinasio­nal dan faktor pasaran positif di Amerika Syarikat susulan larangan lemak trans yang akan dikuatkuas­akan pada pertengaha­n 2018.

“Keadaan tidak menentu kadar pertukaran dolar ASringgit yang memberi kesan kepada keuntungan/ kerugian pertukaran mata wang asing terutamany­a daripada pinjaman dalam nilai dolar AS bagi tempoh sederhana hingga jangka masa panjang telah semakin stabil dalam beberapa bulan kebelakang­an ini disebabkan faktor-faktor makroekono­mi yang positif di Malaysia,” kata IOI Corp. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia