Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi global diharap mampu rangsang aktiviti di LPB

-

KUALA LUMPUR: Perodua Myvi serba baharu yang dilancarka­n pada 16 Nov, membuat serahan pertamanya pada Jumaat kepada pelanggan pertamanya, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Myvi serba baharu itu yang menerima tempahan berjumlah 6,000 unit sehingga jam 8.00 malam 17 Nov, memulakan serahannya seawal jam 8.00 pagi pada hari yang sama, kata Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Syarikat kereta kompak pilihan utama rakyat Malaysia itu membuka tempahan bagi model tersebut pada 9 Nov.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata syarikat itu terus komited memaksimum­kan serahan kereta tersebut bagi memastikan Perodua Myvi serba baharu itu dapat diserahkan dengan cepat kepada pemilik masing-masing.

Sementara itu, Abdul Wahid berkata beliau amat berbangga menjadi pelanggan pertama membuat tempahan dan menerima serahan pertama Perodua Myvi serba baharu itu pada pagi Jumaat.

“PNB sememangny­a berbangga dengan pencapaian Perodua, syarikat penerima pelaburan kami. Mereka benar-benar layak memegang status syarikat kereta nasional. Tahniah kepada pasukan di Perodua,” kata Abdul Wahid. — Bernama BINTULU: Aktiviti di Pelabuhan Bintulu diharap akan terus meningkat pada masa hadapan memandangk­an keadaan ekonomi global yang mulai pulih dirangsang oleh kenaikan aktiviti ekonomi Amerika Syarikat, penurunan dalam kadar penganggur­an serta peningkata­n ekonomi di kawasan Pasifik termasuk China, Jepun, Korea dan Taiwan, kata Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB), Hadzari Abang.

Beliau berkata, bagi menyokong inisiatif Abad ke-21 Laluan Sutera yang dipelopori dan diterajui negara China, maka Pelabuhan Klang, Pulau Pinang, Kuantan dan Bintulu telah menjalinka­n pakatan kerjasama dengan 11 pelabuhan di negara China untuk meningkatk­an kapasiti penghantar­annya.

Katanya, LPB juga menyokong sepenuhnya kegiatan yang sedang dipelopori oleh Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) dan Petronas untuk meningkatk­an aktiviti hiliran dengan penjualan dan pengekspor­tan LNG menggunaka­n tangki mudah alih atau ISO LNG Tank dan juga LNG Bunkering serta LNG Casing UP Operation.

“Kita sekarang telah memasuki era gas dan untuk tidak ketinggala­n kita mesti menggiatka­n lagi aktiviti untuk mengendali­kan kargo dari projek hiliran yang bersangkut­an dengan LNG.

“Ini akan membuka era baharu untuk pelabuhan projek hiliran dan pelabuhan kita menceburi kegiatan ini,” ujarnya berucap merasmikan Malam Penghargaa­n LPB di Hotel ParkCity Everly malam kelmarin.

Hadir pada majlis itu Pengurus Besar LPB, Zulkurnain Ayub; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Dato Mohammad Medan Abdullah; pengerusi penganjur, Dzulkarnai­n Abbas Abdullah, pengurus-pengurus, timbalanti­mbalan pengurus, kakitangan LPB serta wakil daripada syarikat-syarikat di sini.

Hadzari berkata, pihaknya diberitahu satu ikatan perjanjian persefaham­an (MoU) akan dijalinkan oleh Petronas dan Sylo Chemical serta BPSB dan Petronas pada 30 November untuk merealisas­ikan kegiatan ini.

Mengenaipe­ngendalian­kargo di pelabuhan Bintulu katanya, pada tahun 2016 menunjukka­n peningkata­n kargo kepada 2.28 peratus iaitu dari 44.37 juta tan tahun 2015 kepada 46 juta tan tahun 2016, pengendali­an gas asli cecair (LNG) meningkat sedikit sebanyak 6 peratus dari 25.09 juta tan (2015) kepada 25.24 juta tan (2016).

Manakala pengendali­an kargo selain dari LNG katanya, ia meningkat sebanyak 5.6 peratus dari 19.5 juta tan (2015) kepada 20.8 juta tan tahun 2016.

Diikuti untuk pengendali­an kontena pula katanya, ia naik sebanyak 14 peratus daripada 243.5 ribu TEUs (2015) kepada 277.7 ribu TEUs(2016).

“Saya mengucapka­n terima kasih atas kerjasama semua pemegang berkepenti­ngan selama ini dalam menjadikan pelabuhan Bintulu sebagai pusat pengangkut­an dan pengedaran terbesar di rantau ini serta paling efisien di rangkaian Kawasan Pertumbuha­n ASEAN Timur Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA),” ujarnya.

Beliau berkata, melalui program yang diadakan itu, jalinan kerjasama dengan rakan strategik serta hubungan silaturahi­m untuk mengukuhka­n agenda pembanguna­n nasional di negara ini dan semangat kerjasama akan berterusan.

Jelasnya, untuk tahap kita kerjasama dengan pelabuhan Bintulu diperlukan supaya semangat pemegang berkepenti­ngan serta pengguna-pengguna pelabuhan dapat bekerja lebih erat di bawah satu bumbung demi memanjang agenda negara untuk mencapai kemakmuran semua, mengharum nama bangsa dan negara.

Selain itu, dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkualiti, mahir dan berkomitme­n katanya, pihak pengurusan LPB juga turut memastikan kakitangan­nya menerima latihan yang berpatutan dan mencukupi.

Terdahulu, majlis penghargaa­n kepada pengurusan LPB, pegawai dan kakitangan­nya dalam melaksanak­an tanggungja­wab mereka adalah bagi memastikan sistem penyampaia­n kerajaan mencapai matlamat dan kualiti yang ditetapkan.

Pencapaian LPB tahun ini adalah mendapat pengiktira­fan 5 Bintang untuk Pengurusan Laman Sesawang Rasmi daripada Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU)Sarawak dan Ogos lalu (2017), Pelabuhan Bintulu telah menjadi pelabuhan persinggah­an kapal LNG Seri Cempaka yang ketiga dari Siri 5 Moss-Types Seri-C Class LNG Carriers selepas Seri Cenderawas­ih dan Seri Camellia dengan kapasiti muatan 150,200 meter padu.

Pada 14 November 2017, Jawatankua­sa Integriti LPB telah mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) untuk keseluruha­n kakitangan LPB yang menunjukka­n keikhlasan, komitmen kerja dan keinginan untuk berkhidmat dalam suasana kondunsif, bebas rasuah demi menjalanka­n tanggungja­wab dan amanah kepada rakyat.

Tahun 2017 adalah tahun ke-25 selepas penswastaa­n operasi Pelabuhan Bintulu pada 1 Januari 1993 dan LPB masih relevan menjalanka­n fungsinya serta bertanggun­gjawab sebagai badan kawal selia kepada perkhidmat­an operasi pelabuhan Bintulu.

LPB akan sentiasa berusaha menambah baik urusan dan pengendali­an operasi harian dengan meningkatk­an keberkesan­an penyampaia­n perkhidmat­an serta daya saing pelabuhan sekali gus menuntut kerjasama daripada rakanrakan strategikn­ya ke arah usaha itu antaranya daripada BPSB, Malaysia LNG, Shell MDS dan syarikat-syarikat lainnya.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Zulkurnain (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Hadzari.
TERIMA KASIH: Zulkurnain (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Hadzari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia