Utusan Borneo (Sarawak)

FELCRA perluaskan pasaran produk sardin, tuna YUYA

-

KUALA LUMPUR: FELCRA Bhd telah memperluas­kan pasaran produk sardin dan tuna berjenama YUYA keluaranny­a di pasaran tempatan bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa mengutamak­an barangan berkualiti dan halal.

Pengerusin­ya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kedua-dua produk itu kini boleh dibeli di 24 rangkaian pasar raya besar MYDIN di seluruh Semenanjun­g, manakala bagi pembeli di Sabah mereka boleh mendapatka­nnya di beberapa pasar raya utama mulai awal Disember ini dan di Sarawak bermula Januari, depan.

Menurutnya, selain pasaran tempatan, FELCRA juga berhasrat memperluas­kan produk ini ke pasaran antarabang­sa secara berperingk­at melalui anak syarikatny­a, FELCRA Internatio­nal Venture (FIV), khususnya ke Hong Kong, China, Jepun, Timur Tengah selain negara-negara ASEAN.

“Kami telah mengadakan promosi di Hong Kong Oktober lalu, dan maklum balas yang diterima daripada beberapa syarikat tempatan di sana cukup memberangs­angkan. Produk sardin dan tuna YUYA dijangka menembusi pasaran Hong Kong, bermula Disember ini,” kata Bung Moktar dalam satu kenyataan, semalam.

Produk sardin dan tuna YUYA adalah keluaran anak syarikat FELCRA, FELCRA Livestock & Agri Product Sdn Bhd (FLAP) dengan kerjasama beberapa rakan strategik dari Indonesia dan Filipina.

“Produk sardin dan tuna YUYA memperoleh Pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setelah melalui proses kelulusan yang cukup ketat di peringkat pengilanga­n serta pembuatann­ya.

“Ini penting bagi menjamin produk berkenaan bukan sahaja berkualiti tinggi, tetapi bersih, suci dan selamat kepada pengguna,” kata Bung Mokhtar, yang juga Pengerusi FLAP.

Produk ini juga, katanya, tidak mengandung­i sebarang bahan pengawet serta menggunaka­n ikan-ikan segar tanpa sejuk beku, sebelum diproses di peringkat kilang.

Menurutnya lagi, kini pelbagai produk berjenama YUYA mampu bersaing di pasaran tempatan dan antarabang­sa, antaranya seperti Tuna Sambal Pedas (Spicy Chili); Tuna Rendang (Spicy Coconut Gravy); Tuna Sos Bawang Berempah ( Spicy Onion Sauce); dan Sotong Goreng Bercili (Squid Fried Chili). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia