Utusan Borneo (Sarawak)

Jerayawara perumahan dan hartanah SHEDA di Boulevard

-

KUCHING: Jerayawara perumahan dan hartanah kedua Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching sedang berlangsun­g kini di Pusat Beli-Belah Boulevard di sini.

Mula dibuka kepada orang ramai pada Jumaat lepas sehingga hari ini, jerayawara ini mempamerka­n pelbagai projek perumahan dan hartanah oleh syarikatsy­arikat pemaju tempatan termasuk dari Semenanjun­g Malaysia.

Upacara pembukaan telah dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang semalam yang juga Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) di tapak jerayawara yang terletak di aras bawah pusat beli-belah berkenaan.

Bercakap mengenai jerayawara tersebut, pengerusi penganjur Sim Kiang Chiok berkata ini merupakan kali kedua SHEDA Cawangan Kuching menganjurk­an jerayawara ini kepada umum.

Antara tarikan pada jerayawara ini katanya, tawaran rumah teres pada harga antara RM150,000 hingga RM455,000 seunit bagi jenis satu tingkat dan RM410,000 hingga RM842,000 bagi rumah teres jenis dua tingkat.

Turut ditawarkan pada jerayawara ini, rumah separa berkembar dengan harga bermula dari RM368,000 hingga RM448,000 bagi setingkat dan RM860,000 hingga RM1.5 juta bagi rumah dua tingkat.

Unit strata seperti pangsapuri, kondominiu­m dan penthouses turut ditawarkan kepada pengunjung dari RM297,000 dan ke atas.

Lain- lain tawaran termasukla­h, hartanah komersial di seluruh Sarawak pada harga dari RM690,000 hingga RM4.5 juta bagi lot kedai dua hingga empat tingkat.

“Tumpuan pada jerayawara ini sudah tentu cabutan bertuah ‘beli dan menang’ bagi pembeli berpotensi yang menawarkan hadiah utama satu unit penapis air panas dan sejuk bernilai RM4,299 tajaan 3M serta hadiah lain berupa kelengkapa­n elektrikal,” katanya.

Pada pembukaan semalam, SHEDA Cawangan Kuching turut menyerahka­n sumbangan bernilai RM10,000 kepada Persatuan Kesihatan Mental Sarawak dan Persatuan Warga Emas Enoch Sibu.

Sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat ( CSR) persatuan kepada masyarakat terutama mereka yang memerlukan.

Orang ramai terutama mereka yang ingin memiliki kediaman sendiri dipelawa untuk mengunjung­i jerayawara ini yang akan berakhir pada jam 9 malam hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia