Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga anggota Hamas dibunuh menuntut keadilan

-

TUNIS: Keluarga seorang rakyat Tunisia yang dibunuh yang diakui pergerakan Islamis Palestin Hamas sebagai anggotanya meminta pihak berkuasa kelmarin agar mengeluark­an maklumat mengenai siasatan pembunuhan.

Penyerang tidak dikenali menembak mati jurutera Mohamed Zouari, 49, dengan beberapa das tembakan di luar rumahnya di bandar kedua Sfaz pada Disember 2016.

Hamas, yang menyatakan jurutera dan pakar dron itu sudah sedekad bekerja dengannya, pada masa itu mempersala­hkan Israel.

Khamis, ia menyatakan perisik Israel menggunaka­n pasport Bosnia untuk memasuki Tunisia dan membunuh Zouari, yang turut mempunyai kerakyatan Belgium.

“Saya mahu keadilan ditegakkan untuk Mohamed Zouari,” balunya Majda Saleh kelmarin memberitah­u stesen radio FM Mosaique.

“K a m i m e n y e d a r i Israel merupakan dalang pembunuhan itu, namun pihak lain turut terlibat.

“Saya berharap kerajaan Tunisia tidak akan menutup fail (Zouari) dan meneruskan siasatan,” menurut Saleh, yang merupakan rakyat Syria namun merayu kerakyatan Tunisia.

Abang Zouari, Radhouene, menyatakan pihak berkuasa kelihatan menunggu umum melupakan kes.

“Kami mempunyai siri persoalan, kami ingin kementeria­n dalam negeri untuk menjawab soalan ini,” beliau memberitah­u stesen radio yang sama.

Kerajaan menyatakan elemen asing terlibat dalam pembunuhan Zouari.

Ejen Israel dilaporkan menggunaka­n pasport British, Ireland, Australia dan negara lain untuk membunuh seorang pemimpin Hamas di Emiriah Arab Bersatu pada 2010. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia