Utusan Borneo (Sarawak)

Trump kekalkan semula larangan import trofi gajah

-

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat ( AS) Donald Trump kelmarin mengekalka­n semula larangan ke atas import trofi gajah yang diburu dan dibunuh di Zimbabwe, sementara menunggu semakan lanjut, menarik balik keputusan pentadbira­nnya sendiri yang dibuat sehari sebelum itu ekoran kemarahan umum.

“Tangguhkan keputusan besar mengenai trofi pemburuan sehingga saya menyemak semua fakta pemulihara­an, di bawah kajian selama bertahunta­hun.

“Akan mengemas kini maklumat tidak lama lagi dengan Setiausaha Zinke. Terima kasih!” ‘ tweet’ Trump, merujuk kepada Setiausaha Dalam Negeri Ryan Zinke.

Hanya beberapa jam sebelum itu, jurucakap Trump Sarah Sanders mempertaha­nkan tindakan Jabatan Hidupan Liar dan Ikan AS untuk menamatkan larangan pada 2014 di bawah presiden sebelum ini Barack Obama.

Jabatan itu berkata Khamis lepas ia akan mula mengeluark­an permit untuk mengimport trofi pemburuan gajah di Zimbabwe antara 21 Janauri 2016 hingga 31 Disember 2018.

Zambia juga sepatutnya dilindungi di bawah peraturan yang dipinda itu.

Tindakan itu disambut kritikan hebat aktivis dan kumpulan hak haiwan.

Pada hari yang sama, Jabatan Negara AS mengemukak­an kepada Kongres laporan tahunan pertamanya mengenai penyeludup­an hidupan liar yang menurutnya masih jenayah transnasio­nal yang serius.

Legenda filem dan aktivis hak haiwan dari Perancis Brigitte Bardot membidas Trump tidak layak untuk memegang kuasa selepas tindakan memalukan pentadbira­nnya.

“Tiada pemerintah kuku besi dapat memikul tanggungja­wab kerana membunuh spesies berusia zaman berzaman dan menjadi sebahagian warisan kemanusiaa­n sedunia,” kata Bardot dalam surat kepada Trump yang dikeluarka­n menerusi Yayasan Brigitte Bardot.

“Tindakan itu adalah keputusan kejam yang disokong diktator gila Zimbabwe, mengesahka­n kuasa berbahaya dan menjijikka­n yang anda tekankan ke atas seluruh alam tumbuhan dan haiwan,” ujar aktres berusia 83 tahun itu.

Menurut projek Great Elephant Census, populasi gajah savana Afrika jatuh sebanyak 30 peratus antara 2007 hingga 2014, manakala Zimbabwe menyaksika­n penurunan enam peratus.

Walaupun pemburuan haram secara keseluruha­nnya menurun, populasi gajah di Afrika berkuranga­n sebahagian­nya akibat pembunuhan haram berterusan, menurut laporan tahun ini oleh Konvensyen Perdaganga­n Antarabang­sa Spesies Terancam (CITES).

Gading Afrika khususnya amat dicari-cari di China di mana ia dianggap sebagai simbol status. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERLARANG: Gambar fail 17 November, 2012 menunjukka­n gajah Afrika di Taman Negara Hwange di Zimbabwe.
— Gambar AFP TERLARANG: Gambar fail 17 November, 2012 menunjukka­n gajah Afrika di Taman Negara Hwange di Zimbabwe.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia