Utusan Borneo (Sarawak)

Kartel dadah Mexico sasar belia orang asli

-

KOTA MEXICO: Kartel dadah Mexico memaksa kanak- kanak dan remaja penduduk asli untuk menyertai kumpulan mereka, di mana mereka yang berani menolak atau melawan lazimnya diseksa atau dibunuh, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kelmarin.

Utusan khas PBB bagi hak asasi penduduk asli Victoria Tauli- Corpuz menyatakan beliau amat bimbang tentang keganasan terhadap golongan bawah umur selepas bercakap dengan komuniti penduduk asli di sekitar Mexico semasa lawatan 10 hari.

“Dalam kawasan yang terjejas akibat jenayah terancang dan pengeluara­n serta pengedaran dadah, satusatuny­a pilihan bagi golongan muda ini adalah untuk menyertai kumpulan atau diseksa, hilang atau dibunuh,” beliau memberitah­u sidang media pada penghujung lawatannya.

“Saya dimaklumka­n terdapat beberapa kes melibatkan pencabulan serius.”

Beliau menyatakan ramai golongan muda penduduk asli telah hilang, walaupun tidak mempunyai jumlah spesifik.

Tauli- Corpuz, seorang rakyat Filipina, melawat bahagian utara Chihuahua dan wilayah selatan Guerrero dan Chiapas, serta bertemu anggota 23 kumpulan etnik dari 18 wilayah berlainan.

Perang dadah Mexico menimbulka­n gelombang keganasan dan kartel dadah yang berkuasa merupakan undang-undang de facto di kawasan luar bandar yang dikuasai mereka.

Sejak kerajaan menghantar pihak tentera bagi memerangi dagangan narkotik bernilai beberapa bilion dolar pada 2006, lebih 180,000 telah terkorban dan lebih 30,000 lagi hilang, walaupun statistik tidak menyatakan jumlah kematian yang dikaitkan dengan jenayah terancang.

Tauli-Corpuz menyatakan kumpulan jenayah, malah dalam beberapa kes pihak tentera dan pihak berkuasa turut dikatakan memaksa beberapa komuniti penduduk asli keluar dari tanah mereka dengan serangan beramairam­ai, pembunuhan, penculikan, rogol dan penyeksaan, selalunya untuk memberi jalan kepada projek pembalakan dan perlombong­an.

Kira- kira 6.5 peratus daripada 125 juta penduduk Mexico adalah penduduk asli, 61.9 peratus daripadany­a hidup dalam kemiskinan atau kemiskinan tegar, menurut Tauli-Corpuz. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia