Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi antidadah rampas empat tan kokain

-

MADRID: Pihak polis Sepanyol dan Maghribi merampas hampir empat tan kokain dengan nilai pasaran gelap lebih 100 juta euro dan menahan 40 orang dalam operasi antipenyel­udupan jangka panjang, menurut kementeria­n dalam negeri Sepanyol kelmarin.

Kementeria­n menyatakan 1.3 tan dadah dan wang tunai berjumlah lebih 13 juta euro dirampas di Sepanyol sejak pelancaran operasi bersama itu tahun lepas.

Perkhidmat­an perisikan domestik DGST di Maghribi menyatakan ia telah merampas 2.6 tan kokain dalam operasi bersama yang mendapat kerjasama beberapa agensi penguatkua­saan undangunda­ng Amerika Syarikat (AS), Itali dan Jerman.

Madrid menyatakan operasi itu melumpuhka­n organisasi jenayah utama yang berpusat di Sepanyol dan Maghribi, diarahkan dari Venezuela oleh rakyat Sepanyol yang dikehendak­i polis.

Secara keseluruha­n, 34 lelaki dan enam wanita dengan kerakyatan Sepanyol, British dan Maghribi ditangkap dalam sebahagian operasi.

Seorang rakyat Sepanyol ditahan di Jerman ketika cuba melarikan diri ke Venezuela, menurut pihak kementeria­n.

Ia menambah bahawa jumlah kokain yang dirampas mungkin telah dijual di Sepanyol dengan nilai lebih 103 juta euro (AS$120 juta).

Mei lepas, pihak berkuasa Sepanyol menyatakan mereka telah menahan sebuah bot membawa 2.4 tan kokain di Atlantik.

Sementara itu, tiga tan dadah dirampas pada Disember 2015 di wilayah utara Mediterran­ean Galicia dan Costa del Sol di Sepanyol. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia