Utusan Borneo (Sarawak)

Argentina giat mencari kapal selam

ARA San Juan hilang bersama 44 kru sejak Rabu di laut Atlantik Selatan

-

BUENOS AIRES: Sebuah kapal selam Argentina dengan 44 kru di dalamnya hilang di Atlantik Selatan dua hari lepas selepas komunikasi terakhirny­a, mendesak pihak tentera laut untuk memperting­katkan usaha mencari lewat kelmarin dalam keadaan sukar dan ribut.

ARA San Juan berada di selatan laut Argentina, 432 kilometer dari pantai Patagonia ketika menghantar isyarat terakhirny­a Rabu lepas, menurut jurucakap tentera Enrique Balbi.

Operasi kecemasan dinaik taraf secara rasmi kepada prosedur mencari dan menyelamat pada petang Jumaat selepas tiada hubungan visual atau radar dapat dibuat dengan kapal selam terbabit, menurut Balbi.

“Pengesanan amat sukar meskipun banyak bot dan pesawat yang terlibat dalam pencarian,” menurut Balbi, menjelaska­n angin kuat dan ombak tinggi menyukarka­n usaha.

“Secara jelasnya, tempoh telah berlalu, dua hari tanpa komunikasi yang jelas.”

Pasukan tentera laut mempercaya­i kapal selam tersebut, yang meninggalk­an Ushuaia dalam perjalanan ke bandar pantai Mar del Plata di wilayah Buenos Aires, mempunyai masalah komunikasi dipercayai akibat terputus bekalan elektrik, menurut Balbi.

Protokol pihak tentera laut menetapkan kapal selam itu muncul ke permukaan laut sebaik sahaja perhubunga­n komunikasi hilang.

“Kami menjangka ia berada di atas permukaan laut,” menurut Balbi.

Kapal selam yang dibina Jerman dan menggunaka­n tenaga diesel- elektrik itu dibuat pada 1983, yang terbaharu antara tiga kapal selam dalam pasukan, menurut pihak tentera laut.

Presiden Mauricio Macri menyatakan kerajaan telah berhubung dengan kesemua keluarga kru terlibat.

Argentina menerima tawaran daripada Amerika Syarikat (AS) sebuah pesawat peninjau NASA P-3, yang ditempatka­n di bandar selatan Ushuaia dan bersedia untuk berlepas ke Antartika terbang di kawasan pencarian, menurut Balbi. Sebuah pesawat Hercules C- 130 daripada pasukan Tentera Udara Argentina turut terbang di atas kawasan operasi.

Selain daripada itu, Brazil, Uruguay, Chile, Peru, Britain dan Afrika Selatan turut menawarkan bantuan secara rasmi.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? BELUM DITEMUI: Gambar fail 2 Jun, 2014 menunjukka­n ARA San Juan bersama krunya meninggalk­an pelabuhan Buenos Aires.
— Gambar Reuters BELUM DITEMUI: Gambar fail 2 Jun, 2014 menunjukka­n ARA San Juan bersama krunya meninggalk­an pelabuhan Buenos Aires.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia