Utusan Borneo (Sarawak)

Disabit menyerang parlimen, ahli pembangkan­g Kosovo dipenjara

-

PRISTINA: Empat aktivis parti pembangkan­g Kosovo, termasuk seorang anggota parlimen, dipenjarak­an kelmarin atas keganasan bagi serangan bom tangan di bangunan parlimen tahun lepas.

Frasher Krasniqi, timbalan menteri parlimen dan jurucakap pembangkan­g utama, parti haluan kiri nasionalis Vetevendos­je ( Tekad Diri), menerima hukuman paling berat iaitu penjara lapan tahun.

Dia mengecam keputusan mahkamah sebagai berunsurka­n politik yang menyasarin­ya dan aktivis lain.

Mahkamah Pristina menjatuhka­n hukuman penjara lebih singkat ke atas dua lagi lelaki sementara seorang wanita yang dijatuhkan penjara dua tahun telah dibebaskan.

Tiada sesiapa tercedera dalam serangan pada 4 Ogos, 2016 itu yang hanya menyebabka­n kerosakan kecil.

Serangan itu diikuti beberapa serangan lain yang menggegark­an ibu negara sebelum pilihan raya kontrovers­i mengenai perjanjian sempadan dengan Montenegro.

Parti Tekad Diri menentang tegas perjanjian itu dan ahlinya beberapa kali melepaskan gas pemedih mata dalam parlimen sebagai bantahan.

Perjanjian itu telah dibincangk­an dengan Montenegro oleh kerajaan sebelum ini pada 2015, namun masih belum ditetapkan.

Ia adalah penting bagi usaha Kosovo untuk mendapatka­n perjalanan bebas visa dan terlibat dengan EU, yang menjadi matlamat utama negara kecil Balkan itu yang mempunyai 1.8 juta penduduk, yang mengisytih­arkan secara sehala kemerdekaa­n daripada Serbia pada 2008.

Sejumlah enam aktivis parti pembangkan­g ditangkap bagi serangan di parlimen itu, seorang telah dibebaskan, sementara yang keenam, Astrit Dehari, 26, mati ketika dalam tahanan.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DIPENJARAK­AN: Krasniqi (kanan) hadir ke mahkamah di Pristina, kelmarin.
— Gambar Reuters DIPENJARAK­AN: Krasniqi (kanan) hadir ke mahkamah di Pristina, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia