Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Shanghai nafi kematian model luar biasa

-

SHANGHAI: Pihak polis Shanghai menolak perbuatan khianat dan mempertika­i tuduhan bahawa terlalu banyak beban kerja telah menyumbang kepada kematian seorang model Rusia berusia 14 tahun selepas mengambil bahagian dalam Minggu Fesyen Shanghai pada bulan lepas.

Kematian Vlada Dzyuba di sebuah hospital Shanghai pada 27 Oktober menjadi tumpuan dalam dunia model asing yang suram di China, kebanyakan­nya dari negara bekas Soviet Union, dan menimbulka­n persoalan mengenai bagaimana seorang bawah umur bekerja di luar negara tanpa penjaga.

Kenyataan polis Shanghai yang dikeluarka­n lewat kelmarin menyatakan Dzyuba mati akibat beberapa masalah kegagalan fungsi organ bermula daripada jangkitan sistem saraf pusat, kemungkina­n meningitis atau radang otak.

“Hasil pemeriksaa­n forensik tidak menemui kecederaan teruk pada permukaan badan, ujian darah rutin pula negatif dan tiada keganjilan ditemui,” menurut kenyataan itu.

Akhbar berbahasa Inggeris The Siberian Times menyatakan Dzyuba, dari bandar Perm, mati akibat meningitis yang diburukkan keletihan selepas minggu pertunjuka­n fesyen yang sibuk di Shanghai.

Namun agensi China yang mewakili Dzyuba, ESEE Model Management, menafikan dengan tegas dakwaan tersebut.

Sejurus selepas kematianny­a, ESEE mengeluark­an laporan perubatan Hospital Ruijin di Shanghai yang menyatakan punca kematian sebagai ‘septicaemi­a’, keracunan darah akibat bakteria.

Remaja terbabit mati tanpa keluargany­a di sisi kerana ibunya tidak dapat datang.

Mayatnya dihantar pulang ke Rusia pada 11 November, menurut polis Shanghai.

Sejurus selepas kematian Dzyuba, pihak penyiasat Rusia di Perm membuka siasatan sama ada kematianny­a berpunca daripada kecuaian, lapor agensi berita negara TASS memetik kenyataan penyiasat wilayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia