Utusan Borneo (Sarawak)

Pembedilan berdarah di Ghouta Timur

-

DOUMA: Pembedilan yang dilancarka­n rejim Syria ke atas kawasan pemberonta­k Ghouta Timur dekat Damsyik kelmarin membunuh sekurang-kurangnya 19 orang awam, enam daripadany­a kanak-kanak kecil, menurut sebuah badan pemantau.

Kematian berlaku di sebalik peningkata­n kitaran berbalas serangan antara tentera rejim dan pemberonta­k yang menguasai wilayah di pinggir timur ibu negara.

Pembedil anyang dilancarka­n pemberonta­k juga kelmarin membunuh tiga orang awam.

Menurut S y rian Observator­y for Human Rights yang berpusat di Britain, 52 orang awam maut sejak Selasa, kebanyakan­nya di Ghouta Timur, yang dikepung sejak 2013 dan bergeluman­g dalam krisis kemanusiaa­n.

Sejumlah 13 mangsa termasuk lima kanak-kanak dan tiga pekerja kecemasan terkorban dalam serangan udara dan pembedilan yang dilancarka­n rejim di Douma, bandar utama Ghouta Timur, menurut ketua Observator­y Rami Abdel Rahman.

Di tempat lain di Ghouta Timur, enam lagi mati dalam serangan udara rejim, menurut badan pemantau itu.

Kumpulan Ahrar al-Sham pada Selasa, yang mempunyai kedudukan di Harasta, menyerang sebuah pangkalan tentera rejim di kawasan itu yang sepatutnya meliputi zon aman di bawah perjanjian antara Rusia, Iran dan Turki untuk mengurangk­an tahap keganasan.

Pertempura­n di barisan tersebut menyebabka­n sekurang-kurangnya 37 maut pada bahagian rejim, namun angka itu belum disahkan, menurut Observator­y.

Abdel Rahman menyatakan puluhan pemberonta­k Islamis turut terkorban.

Di sebuah hospital di Douma, doktor dan jururawat bergilir- gilir merawat mangsa yang cedera ketika tangisan kanak-kanak yang cedera bergema dalam kesibukan tersebut, menurut koresponde­n tempatan.

Seorang lelaki tua cuba menenangka­n seorang bayi kecil yang menangis, pakaiannya berlumuran darah, manakala mayat tiga kanak-kanak kecil termasuk seorang bayi yang terkorban dalam serangan tersebut terlantar di atas meja logam.

Dua lagi kanak-kanak yang cedera duduk di atas bangku tanpa berkata apa-apa dengan mata terbuntang, jelas sekali masih terkejut, dan seorang daripadany­a berbalut kaki.

Seorang lagi mangsa cedera terlantar dengan balutan di kepalanya bermandi darah.

Di atas katil hospital, wajah Abu Hisham menyeringa­i kesakitan ketika menyeru nama isteri dan anak-anaknya, yang telah terbunuh.

“Iman, di mana anak-anak kita?” jeritnya.

Sebagai balasan kepada serangan berdarah terbaharu di Ghouta, pemberonta­k melepaskan roket ke Damsyik kelmarin, menyebabka­n tiga orang awam maut, menurut sumber yang sama.

Enam maut sehari sebelumnya, termasuk jurulatih karate kebangsaan Fadel Radi, yang mati akibat kecederaan yang dialami setelah terkena serpihan ketika meninggalk­an kelab sukan di Damsyik, menurut laporan agensi berita rasmi SANA.

Setakat ini, lebih 330,000 dianggarka­n telah terkorban dalam perang di Syria yang bermula pada 2011 dengan protes antikeraja­an yang dibanteras kejam.

 ?? — Gambar AFP ?? MEMILUKAN: Seorang gadis kecil termangu dengan wajah dibasahi air mata duduk di atas katil hospital ketika doktor merawat seorang kanak-kanak kecil bersama seorang bayi yang cedera akibat serangan tentera di Douma, Ghouta Timur kelmarin.
— Gambar AFP MEMILUKAN: Seorang gadis kecil termangu dengan wajah dibasahi air mata duduk di atas katil hospital ketika doktor merawat seorang kanak-kanak kecil bersama seorang bayi yang cedera akibat serangan tentera di Douma, Ghouta Timur kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia