Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua menteri umum peruntukan bajet sebanyak RM4.1 bilion bagi Bajet Sabah 2018

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengumumka­n peruntukan sebanyak RM4.1bilion bagi Bajet Sabah 2018 bertema ‘Memperkasa­kan Ekonomi, Mensejahte­rakan Rakyat’.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, walaupun berhadapan keadaan ekonomi global yang tidak menentu, kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sabah berjaya membuktika­n kejayaan terbaik dengan kemampuan merangka bajet berlebihan sebanyak RM64.89 juta pada tahun 2018.

“Kutipan hasil negeri pada tahun 2018 dianggarka­n mencecah RM4,169.2 juta. Ini menunjukka­n peningkata­n sebanyak 9.2 peratus berbanding anggaran asal hasil tahun 2017.

‘”Kita berkeyakin­an tinggi unjuran dan sasaran hasil untuk tahun hadapan mampu dicapai. Daripada RM4,169.2 juta anggaran hasil tahun 2018, sebanyak RM1,128.8 juta atau 27.1 peratus adalah Hasil Cukai.

“Manakala, RM2,638.9 juta atau 63.3 peratus pula adalah Hasil Bukan Cukai dan RM401.5 juta atau 9.6 peratus adalah Terimaan Bukan Hasil,” katanya ketika membentang­kan Bajet Sabah 2018 di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, berikutan peningkata­n harga dan pengeluara­n minyak mentah serta gas asli pada tahun ini, kerajaan negeri telah menerima royalti petroleum sebanyak RM1,246.4 juta iaitu melebihi anggaran asal RM985 juta.

Katanya, jumlah itu adalah amaun tertinggi royalti petroleum yang pernah diterima dalam sejarah Sabah.

Menurutnya, untuk tahun 2018, royalti petroleum dijangka akan meningkat lagi dengan sasaran sebanyak RM1,318 juta iaitu 31.6 peratus daripada hasil negeri.

Agihan peruntukan bagi tujuan pembanguna­n mengikut kementeria­n negeri pula, Musa berkata Kementeria­n Kewangan akan menerima sebanyak RM1,771.58 juta untuk tujuan perbekalan manakala RM16 juta untuk pembanguna­n.

Katanya, Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur menerima RM698.24 juta perbekalan, RM260.51 juta pembanguna­n. Jabatan Ketua Menteri (RM484.69 juta perbekalan, RM194.25 juta pembanguna­n), Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (RM314.65 juta perbekalan, RM117.41 juta pembanguna­n), Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (RM140.64 juta perbekalan, RM6.66 juta pembanguna­n).

Selain itu katanya, Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar (RM113.27 juta perbekalan, RM13.81 juta pembanguna­n), Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (RM84.15 juta perbekalan, RM25.5 juta pembanguna­n), Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (RM91.07 juta perbekalan, RM5 juta pembanguna­n), Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (RM76.33 juta perbekalan, RM175.72 juta pembanguna­n).

“Kementeria­n Belia dan Sukan (RM68.37 juta perbekalan, RM8.55 juta pembanguna­n), (Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian (RM15.52 juta perbekalan, RM14.90 juta pembanguna­n), perbelanja­an yang tidak termasuk dalam manamana kementeria­n (RM28.95 juta perbekalan) dan perbelanja­an tanggungan (RM216.89 juta perbekalan),” katanya.

Musa yang juga Menteri Kewangan menjelaska­n Cukai Jualan Negeri, Minyak Sawit (CPO) akan terus menjadi penyumbang utama dengan RM936 juta atau 22.5 peratus daripada hasil negeri.

Katanya, cukai jualan negeri ke atas tiket loteri bagi tahun 2018 pula dianggarka­n berjumlah RM60 juta.

Untuk tahun 2018 katanya, kerajaan negeri akan meningkatk­an kadar cukai bagi penjualan pertaruhan melalui mesin slot dari 10 kepada 15 peratus.

“Ini adalah selaras dengan kadar semasa bagi cukai jualan negeri ke atas tiket loteri. Kadar baharu ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2018.

“Dengan semakan kadar ini, cukai jualan bagi mesin slot dianggarka­n menyumbang sebanyak RM20 juta pada tahun 2018,” katanya.

Menurutnya, kutipan hasil bagi Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) diperhatik­an telah menunjukka­n peningkata­n setiap tahun. Pada tahun hadapan, JPDS dianggarka­n menyumbang sebanyak RM33.6 juta kepada hasil negeri.

Katanya, sumber hasil lain juga memainkan peranan yang penting dalam mencapai sasaran hasil pada tahun 2018.

“Saya telah menyaranka­n semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk terus berusaha meningkatk­an pendapatan dan keuntungan masing-masing agar boleh bersama-sama membantu kerajaan membangunk­an negeri ini.

“Oleh itu, faedah dan perolehan daripada pelaburan dijangkaka­n akan meningkat kepada RM453 juta pada 2018 berbanding RM325.5 tahun ini,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Najib bersalaman dengan Anggota Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika menghadiri bagi merasmikan Persidanga­n Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Sabah Ke-32 di Hongkod Koisaan Penampang semalam.
— Gambar Bernama TIBA: Najib bersalaman dengan Anggota Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika menghadiri bagi merasmikan Persidanga­n Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Sabah Ke-32 di Hongkod Koisaan Penampang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia