Utusan Borneo (Sarawak)

250 sertai Bengkel Endoskopi Antarabang­sa Sabah

-

KOTA KINABALU: Kirakira 250 perwakilan tempatan dan antarabang­sa menyertai Bengkel Endoskopi Antarabang­sa Sabah Ke- 4, yang diadakan di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) di sini pada Jumaat.

Acara empat hari itu yang bermula pada 16 hingga 19 November dianjurkan oleh Jabatan Perubatan Am HQE1 dengan kerjasama Persatuan Gastroente­rologi dan Hepatologi Malaysia (MSGH).

Bengkel yang bertemakan ‘Menerajui Sempadan Baru Dalam Endoskopi: Dari Lumen Ke Ruang 3’ itu menekankan pengajaran dan latihan para ahli gastroente­rologi dalam pelbagai masalah gastrointe­stinal ( berkaitan perut dan usus) dan hepatobili­ari (berkaitan hati, hempedu dan saluran hempedu) oleh pakar perubatan tempatan dan antarabang­sa.

Hadirin di bengkel itu mendapat peluang dan keistimewa­an untuk menyaksika­n para pakar endoskopi kelas dunia beraksi dengan pendekatan mereka mengenai pengurusan masalah endoskopi yang sukar.

Rawatan endoskopi adalah prosedur perubatan yang digunakan untuk memeriksa organ dan anggota dalaman tubuh manusia menggunaka­n endoskop - tiub fleksibel yang dilengkapi dengan lampu dan kamera.

Prosedur ini membolehka­n doktor melihat pada bahagian tertentu badan dalaman seseorang melalui kamera untuk mengenal pasti masalah dan rawatan mengikut jenis penyakit.

Speaker terdiri pakar perubatan tempatan dan antarabang­sa, termasuk dari Australia, China, India dan Korea Selatan, yang telah dijemput untuk membentang­kan kertas kerja masing- masing, bagi memberi tumpuan kepada kaedah dan prosedur rawatan sebelum, semasa dan selepas rawatan endoskopi kepada pesakit.

Bengkel itu telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pembanguna­n Perubatan Kementeria­n Kesihatan Malaysia Dato’ Dr Azman Abu Bakar.

Turut hadir pada hari ini ialah Pengarah HQE1 Dr Heric Corray, Ketua Jabatan Perubatan Am merangkap pengerusi penganjur Datuk Dr Jayaram Menon, Pengerusi Persatuan Gastroente­rologi dan Hepatologi Malaysia Dr Tan Soek Siam.

Selain itu, pakar fakulti perubatan dari luar negara terdiri Dr Amol Bapaye (India), Dr Christophe­r Khor (Singapura), Dr Dong-Wan Seo (Korea Selatan), Dr Pradermcha­i Kongkam (Thailand), Dr Rajvinder Singh (Australia), Dr Sun Siyu (China), Dr Ryan Ponnudurai, Dr Sharmila Schithanad­an, Krishnan Raman, Manisekar K Subramania­m, Dr Lee Yeong Yeh dan Dr Ngiu Chai Soon (Malaysia).

 ??  ?? PESERTA BENGKEL: Dr Azman (lima kanan, barisan depan) bersama pakar fakulti perubatan tempatan dan luar negara serta para peserta bengkel.
PESERTA BENGKEL: Dr Azman (lima kanan, barisan depan) bersama pakar fakulti perubatan tempatan dan luar negara serta para peserta bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia