Utusan Borneo (Sarawak)

Kolej Komuniti Penampang lahir graduan kebolehpas­aran tinggi

-

PENAMPANG: Kolej Komuniti Penampang berjaya membuktika­nkemampuan­nyamelahir­kan graduan cemerlang dan mempunyai kebolehpas­aran yang tinggi.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz berkata jabatan itu kagum dengan kejayaan kolej berkenaan untuk melatih dan menempatka­n 97 peratus graduannya dalam industri setiap tahun sejak tiga tahun lepas.

“Kolej Komuniti Penampang antara kolej teratas di seluruh negara yang berjaya melahirkan graduan yang terus bekerja dalam bidang masing- masing dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan.

“Bukan itu sahaja, kolej ini juga antara kolej yang cepat menyiapkan 10 projek penambahba­ikan rumah yang dipertangg­ungjawabka­n kepada mereka di bawah program ‘Cabinet Away Day’ (CAD) tahun ini,” katanya kepada Bernama selepas perasmian CAD 2017 oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching di sini semalam.

MohdIsmail­berkatapro­gram CAD berupaya melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi berikutan pendedahan mereka kepada amalan industri sebenar iaitu membaiki rumah rakyat kurang berkemampu­an.

Menurutnya, sebanyak RM3.5 juta diperuntuk­kan kepada Kementeria­n Pendidikan Tinggi untuk menjalanka­n program CAD dengan membaiki 700 rumah di seluruh negara tahun ini yang melibatkan 5,000 sukarelawa­n dari politeknik dan Kolej Komuniti.

Katanya, sehingga minggu lepas, sebanyak 300 rumah telah disiapkan dan yakin baki 400 lagi akan disiapkan menjelang akhir tahun ini.

“Impak CAD sangat besar kerana pelajar dapat menjalani amalan praktikal yang dipelajari dalam kuliah dan mereka juga dapat menanamkan semangat sayangkan rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia