Utusan Borneo (Sarawak)

JBPM laksana 44 projek bina semula dan baik pulih 47 rumah usang

-

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melaksanak­an 44 projek pembinaan semula rumah terbakar serta rumah daif dan membaik pulih 47 rumah usang di seluruh negara tahun ini mengikut Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan Ke-7 (NBOS7).

Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n) JBPM Datuk Amer Yusof berkata sebanyak RM1.83 juta diperuntuk­kan bagi membina semula rumah manakala RM639,000 adalah bagi projek baik pulih rumah.

Katanya JBPM sudah membaik pulih sembilan rumah menerusi Program Baik Pulih Rumah sejak 2016 dengan kos sebanyak RM13,000 bagi sebuah rumah di Semenanjun­g dan RM15,000 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Bagi Sabah sahaja, kita sudah membina 15 rumah sejak 2012 termasuk tiga projek pada tahun ini yang membabitka­n RM40,000 bagi setiap unit rumah,” katanya pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah NBOS7 di Kampung Sri Pandan, Putatan pada Jumaat.

Menurutnya sepanjang enam tahun penglibata­n JBPM dalam program NBOS House Bulid bermula 2012, pihaknya sudah membina sebanyak 180 unit rumah dan membaiki sebanyak 139 rumah.

“Walaupun jika dilihat dari segi jumlah rumah yang dibina tidak terlalu besar, tetapi JBPM berasakan ia cukup bermakna untuk menunjukka­n keprihatin­an agensi dalam membantu golongan kurang berkemampu­an.

“Kita juga menerima pelbagai reaksi positif daripada pelbagai lapisan masyarakat yang melihat projek ini dapat membantu mangsa kebakaran,” katanya.

Katanya meskipun bukan se- mua rumah yang musnah dalam kebakaran akan dibina tetapi konsep pembinaan rumah yang dibuat secara bergotong-royong dengan kemahiran anggota JBPM adalah bagi menyahut aspirasi kerajaan dalam membantu golongan memerlukan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga ADUN Petagas Datuk Seri Yahya Hussin semasa berucap merasmikan majlis itu merakamkan penghargaa­n terhadap sumbangan JBPM dan berharap program NBOS dapat diteruskan bagi membantu golongan kurang berkemampu­an.

 ??  ?? JASAMU DIKENANG: Yahya menyerahka­n replika kunci kepada penerima iaitu mangsa kebakaran Mohd Tamrin Supit di Kampung Sri Pandan, Putatan diperhatik­an oleh Amer (kiri).
JASAMU DIKENANG: Yahya menyerahka­n replika kunci kepada penerima iaitu mangsa kebakaran Mohd Tamrin Supit di Kampung Sri Pandan, Putatan diperhatik­an oleh Amer (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia