Utusan Borneo (Sarawak)

Formula terbaik akan diwujudkan tingkat amalan terbaik PDPC Bahasa Cina di Sabah

-

KOTA KINABALU: Satu formula terbaik akan diilhamkan bagi meningkatk­an amalan terbaik pembelajar­an dan pemudahcar­aan (PDPC) Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sabah memandangk­an majoriti murid adalah berasal dari kalangan Bumiputera.

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia II Senator Datuk Chong Sin Woon berkata, Sabah dipilih untuk diadakan kajian kes memandangk­an berdasarka­n data yang dikumpul, sebanyak 65.14 peratus murid di SJKC adalah Bumiputera manakala 34.86 peratus golongan Cina.

“Sabah mempunyai bilangan murid bukan Cina yang tertinggi memasuki SJKC di Malaysia. Bagaimanap­un, golongan Sino perlu diambil kira dalam perkara ini memandangk­an mereka menyumbang lebih kurang 10 peratus dalam jumlah keseluruha­n.

“Di Kota Kinabalu sahaja, kita mempunyai sebanyak 83 SJKC yang mana 59 daripadany­a mencatatka­n murid Bumiputera sebanyak 70 peratus,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Seminar Perkongsia­n Amalan PDPC Bahasa Cina 2017 Daerah Kota Kinabalu, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, seminar yang diadakan itu penting bagi mewujudkan satu cara PDPC terbaik untuk membantu para murid meningkatk­an pencapaian dan kemenjadia­n mereka di SJKC.

Katanya, data yang dikumpul menerusi kajian yang dilakukan di sini akan dikongsika­n bersama 1,298 SJKC di seluruh negara.

“Pada ketika ini, sejumlah 100,000 murid di SJKC di seluruh negara adalah berasal dari kalangan masyarakat Bumiputera dan peratusan ini akan terus meningkat pada masa hadapan.

“Satu formula perlu digunakan seperti menggalakk­an ibu bapa menghantar anak masing-masing ke prasekolah sebelum memasuki tahun satu agar murid-murid mampu menguasai bahasa asas Cina,” katanya.

Katanya, para ibu bapa di seluruh Malaysia juga sangat dialu-alukan menghantar anak mereka ke SJKC kerana ia mampu membantu dalam meningkatk­an persefaham­an antara kaum di Malaysia.

Menurutnya, generasi muda yang diinginkan menerusi Transforma­si Negara 2050 (TN50) akan terdiri daripada golongan muda yang fasih dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin.

“Penguasaan tiga bahasa ini penting dan akan menjadi trend kepada generasi masa hadapan memandangk­an kelebihan itu membolehka­n mereka lebih berdaya saing di peringkat domestik dan antarangsa khususnya bidang perniagaan,” katanya.

 ??  ?? TINGKAT PERSEFAHAM­AN: Chong (dua kiri) menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada salah seorang guru yang menjadi pembentang dalam seminar itu.
TINGKAT PERSEFAHAM­AN: Chong (dua kiri) menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada salah seorang guru yang menjadi pembentang dalam seminar itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia