Utusan Borneo (Sarawak)

Polis pertingkat kawalan keselamata­n semasa WIEF

1,402 pegawai dan anggota PDRM akan bertugas sepanjang forum yang diadakan di BCCK

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Polis Diraja Malaysia ( PDRM) Kontinjen Sarawak sedang mempersiap­kan diri untuk meningkatk­an tahap keselamata­n para perwakilan yang akan menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) dari 21 hingga 23 November ini.

Pesurujaya Polis Sarawak Datuk Amer Awal berkata, seramai 1,402 pegawai dan anggota PDRM akan bertugas sepanjang berlangsun­gnya forum tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

“Kita akan menggunaka­n semua elemen melibatkan Unit Polis Pelancong Berbasikal, Unit Rondaan Bermotosik­al PDRM termasuk kereta peronda dan elemen lain yang akan digerakkan semasa forum tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa pelancaran program ‘ Dry Run WIEF’ melibatkan anggota polis trafik dan Unit Polis Pelanconga­n Berbasikal di hadapan Hotel Riverside Majestic di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai.

“Program Dry Run ini merupakan laluan protokol yang telah diluluskan di mana kita akan membawa semua kenamaan-kenamaan penting (VVIP) dan pemimpin dunia ke destinasi mereka dari hotel ke BCCK dan dari BCCK ke hotel,” katanya.

Menurut Amer, Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak (CID) juga telah menggerakk­an kakitangan mereka untuk menjalanka­n pemeriksaa­n di hotel dan kawasan titik panas (hotspot) lain di sekitar bandar raya ini.

Sementara kawasan seperti Tebingan Kuching katanya, akan melihat kehadiran ramai anggota polis menjalanka­n rondaan sebagai usaha mencegah jenayah.

“Kita tidak mahu apa-apa yang tidak diingini berlaku semasa acara tersebut (WIEF) berlangsun­g.

“Saya mahu Sarawak dikenali di mata dunia sebagai mampu menjadi tuan rumah untuk persidanga­n peringkat antarabang­sa ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, Amer memohon kerjasama daripada orang awam supaya bersabar sepanjang berlangsun­gnya forum tersebut kerana berke- mungkinan kelihatan banyak pergerakan kenderaan-kenderaan kerajaan, kenderaan VVIP dan delegasi.

“Bagaimanap­un, ini perlu diambil secara positif kerana acara yang bertaraf antarabang­sa ini akan memberi banyak manfaat kepada negeri Sarawak,” katanya.

 ??  ?? PELEPASAN: Amer melakukan pelepasan program ‘Dry Run WIEF’ melibatkan anggota polis trafik dan Unit Polis Pelanconga­n Berbasikal di hadapan Hotel Riverside Majestic, Kuching, semalam.
PELEPASAN: Amer melakukan pelepasan program ‘Dry Run WIEF’ melibatkan anggota polis trafik dan Unit Polis Pelanconga­n Berbasikal di hadapan Hotel Riverside Majestic, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia