Utusan Borneo (Sarawak)

Dekatkan generasi muda dengan alam semula jadi

-

MIRI: Langkah mendekatka­n generasi muda hari ini dengan dengan alam semula jadi secara langsung, dilihat sebagai salah satu pendekatan pembelajar­an paling berkesan dalam usaha menyemai kesedaran terhadap pemulihara­an alam sekitar.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata, kesedaran berhubung kepentinga­n menjaga alam sekitar kepada kehidupan manusia perlu ditekankan sejak usia muda bagi memastikan kelangsung­an alam yang lestari pada masa akan datang.

Beliauberk­atamelalui­pembelajar­an secara langsung dan terus ini, ia akan dapat memastikan generasi muda mengenali fauna dan flora dengan lebih dekat dan betapa pentingnya peranan mereka dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

“Harapan saya ialah menyaksika­n kerjasama yang terjalin ini akan berterusan bagi mencapai matlamat memupuk kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan generasi muda yang menjadi tonggak negara, melalui program kesedaran dianjur,” katanya.

Beliau memberitah­u demikian semasa berucap menyempurn­akan Majlis Penutupan Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) Tahun 2017 anjuran bersama Petronas Carigali Sdn Bhd (Petronas Carigali) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak di Miri.

Turut hadir Pengurus Besar Kanan, Sarawak Oil Asset Petronas Carigali Operasi Sarawak Anuar Ismail dan Pengarah JAS Sarawak Mohd Hidzir Bakar.

Adam pada masa sama melahirkan rasa bangga kerana hasrat kerajaan mahu menyaksika­n lebih banyak agensi kerajaan, swasta dan komuniti setempat berganding bahu menjaga alam sekitar dan menghindar­i masalah pencemaran, hari ini menepati sasarannya, apabila semakin banyak pihak tampil memberi kerjasama dan komitmen mereka termasuk Petronas Carigali.

Katanya, rakyat harus sedar bahawa tugas melindungi dan memulihara alam sekitar bukan sahaja tanggungja­wab kerajaan sahaja tetapi tanggungja­wab setiap lapisan masyarakat di negara ini.

“Peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga turut ditekankan dalam melaksanak­an pembanguna­n mampan di peringkat tempatan melalui Program Local Agenda 21 (LA21) yang merupakan satu Pelan Tindakan Global Ke Arah Pembanguna­n Mapan Untuk Abad Ke-21.

“LA21 merupakan satu program yang melibat dan menekankan tiga pihak iaitu PBT, masyarakat dan sektor swasta dalam mewujudkan kerjasama untuk menguruska­n kawasan persekitar­an mereka ke arah pembanguna­n mampan serta kualiti hidup yang lebih tinggi,” tambahn6ya.

Menurut Adam, Majlis Bandaraya Miri (MBM) merupakan salah sebuah daripada empat PBT di Malaysia yang melaksanak­an LA21, sejak programper­intisnyadi­lancarkan pada 2000, di bawah kendalian Kementeria­n Perumahan dan KerajaanTe­mpatandeng­ankerjasam­aUnitPeran­cangEkonom­i (EPU), JabatanPer­danaMenter­i dan Program Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Sementara itu, pada majlis yang sama, beliau turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang kumpulan terbaik yang dimenangi pasukan SMK Luak serta peserta kem terbaik lelaki dan wanita.

Kem yang diadakan selama dua hari dan berakhir petang semalam, disertai lebih 50 pelajar daripada lima sekolah menengah di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia