Utusan Borneo (Sarawak)

Riot hampa kerana anak Dayak di Sarawak masih belum mahu merebut peluang mempelajar­i ilmu ini

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING:Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem meluahkan rasa hampa terhadap kaum Dayak di Sarawak yang masih belum mahu merebut peluang mempelajar­i ilmu teknikal dan vokasional.

Tambah beliau pembelajar­an TVET berupaya membantu kaum Dayak dan kaum lain di negeri ini untuk menjadi lebih maju selain menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi.

“Saya hampa kerana masih ramai anak Dayak enggan menyertai pendidikan kemahiran berbanding kaum-kaum lain.

“Bayangkan, Melayu menyumbang sebanyak 81 peratus yang berkecimpu­ng atau mempelajar­i ilmu kemahiran, ini diikuti India 4.3 peratus, Cina 2.2 peratus tetapi kaum-kaum lain termasuk Bidayuh dalam kategori ini hanya 12.6 peratus sahaja.

“Untuk mencapai sasaran 35 peratus pekerja mahir menjelang 2020, jumlah 12.6 peratus ini tidak menggembir­akan saya,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Apresiasi Warga Pendidik Daerah Serian, Jumaat lepas.

Katanya, mengambil contoh negara jiran Singapura yang mempunyai 54.1 peratus pekerja berkemahir­an, negara tersebut membangun dengan pesat.

Lihat juga negara Jepun yang sentiasa musnah tetapi cepat dibangunka­n kerana mempunyai kepakaran pekerja mahir, ujarnya.

Maka dengan itu, ibu bapa diminta menasihati anak-anak mereka yang mahu melanjutka­n pelajaran agar memilih jurusan yang mempunyai kebolehpas­aran pekerjaan.

Sudah tentu dengan adanya kemudahan institusi seperti ILP dan ADTEC seharusnya menjadi lebih mudah bagi mereka yang mendiami kawasan sekitar untuk memanfaatk­annya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa 82 peratus daripada lepasan siswa atau siswazah yang mempunyai kemahiran akan mendapat pekerjaan dalam tempoh kurang daripada tempoh enam bulan berbanding mereka yang tidak mempunyain­ya.

Pada majlis itu, seramai 32 pesara pendidik sekolah menengah dan 18 pesara pendidik dari sekolah rendah di daerah itu menerima sijil penghargaa­n perkhidmat­an masing-masing.

Lebih kurang 780 warga pendidik dan staf sokongan menghadiri majlis tersebut yang turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Serian Yunus Apok.

 ??  ?? JASA DIKENANG:Riot (lima kiri) menyampaik­an sijil dan cenderamat­a kepada salah seorang penerima yang juga merupakan seorang pesara guru baru-baru ini.
JASA DIKENANG:Riot (lima kiri) menyampaik­an sijil dan cenderamat­a kepada salah seorang penerima yang juga merupakan seorang pesara guru baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia