Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Abdul Rahman serah geran kerajaan kepada Gereja St Nicholas

-

KUCHING: Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi semalam mewakili kerajaan negeri menyampaik­an geran kerajaan kepada Gereja St Nicholas di Bandar Baharu Samariang, di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai pada majlis ringkas itu memberitah­u bahawa pemberian geran berkenaan bertujuan membantu pihak gereja membina dewan serba guna bagi kemudahan pengelolaa­n aktiviti berkaitan pada masa akan datang.

“Cek ini telah disampaika­n kepada saya oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam satu majlis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Khamis lepas.

“Ini menunjukan kerajaan negeri khasnya, begitu prihatin dan mengambil berat pembanguna­n rumah-rumah ibadah di Sarawak,” katanya ringkas.

Uggah yang juga pengerusi Unit Untuk Agama Lain ( UNIFOR) semasa majlis penyerahan itu berkata kerajaan negeri meluluskan dana berjumlah RM15 juta bagi membina, menambah baik dan membaik pulih rumah ibadah agama-agama lain di negeri ini.

Beliau memberitah­u, peruntukan itu akan diagihkan kepada pelbagai institusi menerusi wakil rakyat masing-masing bagi tujuan itu.

Tambahnya, bagi tahun 2018, UNIFOR sedang memproses permohonan- per- mohonan baharu daripada pihak rumah-rumah ibadah di Sarawak bagi tujuan itu.

Katanya sebanyak 77 permohonan dana daripada pelbagai institusi agama lain di seluruh Sarawak bagi tujuan pembinaan, penambahba­ikan dan baik pulih telah diluluskan melibatkan dana RM15 juta ini.

Bagi tahun 2018 pula, se- banyak 82 permohonan baharu telah diterima daripada pelbagai institusi agama lain di seluruh Sarawak untuk dipertimba­ngkan bagi tahun depan.

 ??  ?? PRIHATIN: Dr Abdul Rahman menyampaik­an geran kerajaan negeri kepada Pengerusi Chapel Bandar Baharu Samariang Engachok Siong.
PRIHATIN: Dr Abdul Rahman menyampaik­an geran kerajaan negeri kepada Pengerusi Chapel Bandar Baharu Samariang Engachok Siong.
 ??  ?? TAHNIAH: Ahmad (dua kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang wakil yang menyertai Program Kem Kadet JPJ Sarawak di Santubong, kelmarin.
TAHNIAH: Ahmad (dua kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang wakil yang menyertai Program Kem Kadet JPJ Sarawak di Santubong, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia