Utusan Borneo (Sarawak)

17 sekolah di Sarawak dimasuk ke dalam Program Kadet JPJ

-

SANTUBONG: Sebanyak 17 sekolah di Sarawak dimasukkan ke dalam Program Kadet Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) yang membabitka­n 748 ahli.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa JPJ Datuk Ahmad Nasir Abdul Ghani berkata secara keseluruha­n penyertaan­nya meningkat sejak dimulakan pada 2015.

“Sejak Kadet JPJ diluluskan kerajaan pada tahun 2015, 17 sekolah pelatih telah dikenal pasti di seluruh negara.

“Dan untuk program ini jumlahnya meningkat kepada 222 sekolah pada 2016,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penutupan Perkhemaha­n Kadet JPJ Sarawak di Dewan Pusat Kokurikulu­m Santubong di sini, malam kelmarin.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata sesi kem berkenaan melibatkan 85 pelajar, 16 guru, 17 jurulatih JPJ dengan kerjasama antara JPJ negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Katanya, program tersebut merupakan penganjura­n pertama yang diadakan di Kem Santubong.

“Matlamat utama program Kadet JPJ adalah untuk menghasilk­an pengguna berdisipli­n di jalan raya.

“Pada masa yang sama, kami menggunaka­n acara ini untuk memaklumka­n kadet tentang program, objektif dan untuk mewujudkan ikatan yang kuat antara kadet,” katanya.

Ahmad juga mendedahka­n bahawa ahli Kadet JPJ akan dimasukkan di bawah program Café Mylesen JPJ, bagi membantu kadet mendapatka­n lesen motosikal B2 dengan kos minimum tidak lama lagi.

“Kami berharap usaha ini dapat menghasilk­an pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang dan membentuk generasi masa depan yang lebih baik,” katanya.

Sebanyak 17 sekolah dari Kuching, Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri menyertai program empat hari itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia