Utusan Borneo (Sarawak)

Semangat perpaduan, tolak ansur ahli PBB Sadong Jaya dikagumi

-

SADONG JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri kagum dengan semangat perpaduan dan tolak ansur yang ditunjukka­n semua ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Cawangan Sadong Jaya.

Menurutnya, sepanjang pemilihan pada mesyuarat agung PBB di peringkat ranting mahupun cawangan, tiada persengket­aan dalam kalangan ahlinya.

“Justeru, PBB Cawangan Sadong Jaya boleh menjadi cawangan contoh kerana kebanyakan pemimpinny­a daripada peringkat atas hingga peringkat pemuda dan wanita mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dalam memastikan mesyuarat agung di peringkat ranting dan cawangan berjalan lancar.

“Saya difahamkan ada pertukaran muka baharu dalam cawangan Sadong Jaya dan ini menunjukka­n perkembang­an yang positif kerana ramai yang mahu menyumbang kepada pembanguna­n di kawasan ini melalui penglibata­n dalam parti politik di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PBB Cawangan Sadong Jaya di Dewan Serbag Guna Sadong Jaya di sini semalam.

Pada masa sama, Nancy memberitah­u bahawa beliau bangga dengan kepimpinan PBB Cawangan Sadong Jaya yang sentiasa memastikan perjuangan parti iaitu membela nasib rakyat dilaksanak­an dengan baik.

“Ini secara tidak langsung memudahkan saya dan ADUN kita Aidel Lariwoo kerana apa jua masalah yang dihadapi rakyat sentiasa disampaika­n kepada kami secara terus.

“Ini secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada pencapaian yang telah kita kecapi dalam mengubah lanskap pembanguna­n di Sadong Jaya,” tegasnya.

Malah, Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata, hampir semua kampungkam­pung telah dilengkapi keperluan infrastruk­tur seperti dewan, gelanggang sukan, sekolah, jalan berturap dan lorong-lorong kecil.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an pemimpin peringkat ranting dan cawangan yang telah dipilih dan dilantik dalam parti agar memegang amanah yang diberi dengan penuh tanggungja­wab.

“Tanggungja­wab sebagai pemimpin dalam parti, semangat bekerja dalam satu pasukan sangat penting, sentiasa menjalanka­n tugas dengan rasa penuh tanggungja­wab dan bekerjalah dengan penuh komitmen.

“Dan apa yang paling penting, jangan berpecah belah meskipun ada perbezaan pandangan atau pendapat, tetapi ia harus ditangani sebaiknya,” ujarnya.

Hadir sama ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo, Timbalan Ketua Cawangan PBB DUN Sadong Jaya Mutalip Julaihi, Setiausaha Politik Ketua Menteri Buang Bolhassan, Naib Ketua Cawangan PBB DUN Sadong Jaya Salem Benga, Ketua Pemuda PBB DUN Sadong Jaya Jamil Arbi, Ketua Wanita PBB DUN Sadong Jaya Salasiah Bujang Narawi dan ahli PBB yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia