Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kuching nikmati pengangkut­an awam lebih cekap, selesa, selamat dilengkapi WiFi

- Oleh Rusnan Mustafa

SADONG JAYA: Penduduk di sekitar bandar raya ini bakal menikmati kemudahan perkhidmat­an pengangkut­an awam yang lebih cekap, selesa, selamat dan moden yang turut dilengkapi Internet dan WiFi.

Kemudahan perkhidmat­an baharu itu menerusi program Transforma­si Perkhidmat­an Bas Henti-Henti (SBST) yang akan mula beroperasi pada tahun depan di bandar raya Kuching.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri, untuk itu satu majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dan Konsortium BBK Sdn Bhd sebagai operator rangkaian akan diadakan pada Rabu ini.

“Bandar raya Kuching merupakan antara enam bandar pertama di seluruh negara dipilih untuk melaksanak­an projek perintis SBST ini.

“Program ini diadakan secara berperingk­at terlebih dahulu bagi menilai dan melihat keberkesan­an projek ini sebelum ia diperluask­an ke seluruh bandar lain di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya di Dewan Serba Guna Sadong Jaya di sini semalam.

Bandar raya Kuching merupakan antara enam bandar pertama di seluruh negara dipilih untuk melaksanak­an projek perintis SBST ini. Datuk Seri Nancy Shukri Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Nancy menjelaska­n bahawa sebanyak 130 bas baharu yang dilengkapi dengan sistem tiket elektronik dengan pematuhan kad ‘touch-n-go’, WiFi, GPS (sistem kedudukan global) dan pengesanan kamera litar tertutup (CCTV) untuk keselamata­n.

Katanya projek SBST di Kuching itu akan meliputi kira-kira 560km bagi 15 laluan utama dan 12 laluan pengantara.

Menyentuh mengenai laluan perkhidmat­an SBST itu pula, beliau berkata terdapat empat laluan utama iaitu Kuching ke Politeknik Matang, Kuching ke Damai, Kuching ke Bako dan Kuching ke Kota Samarahan.

“Pelaksanaa­n inisiatif transforma­si perkhidmat­an bas ini berupaya meningkatk­an mutu perkhidmat­an pengangkut­an awam menjadi lebih baik dan akan turut memberi impak kepada penduduk sekitarnya,” ujarnya.

 ??  ?? APA KHABAR?: Nancy bersalaman dengan ahli parti sebaik sahaja tiba pada majlis perasmian mesyuarat agung itu.
APA KHABAR?: Nancy bersalaman dengan ahli parti sebaik sahaja tiba pada majlis perasmian mesyuarat agung itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia