Utusan Borneo (Sarawak)

Ia akan memfokus pembanguna­n ekonomi termasuk pertanian untuk diusahakan di bahagian Limbang

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Kerajaan negeri menubuh sebuah agensi baharu, Agensi Pembanguna­n Utara Sarawak ( NRDA) yang bertanggun­gjawab merancakka­n lagi pembanguna­n ekonomi di kawasan utara negeri ini, membabitka­n Limbang dan Lawas.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata NRDA akan memfokus kepada pembanguna­n ekonomi termasuk pertanian untuk diusahakan di bahagian Limbang.

“NRDA akan merangkumi pembanguna­n ekonomi Limbang dan Lawas yang akan dipengerus­ikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan,” katanya ketika merasmikan Pesta Bebuak Meritam 2017 di sini semalam.

Turut hadir Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat, Setiausaha

NRDA akan merangkumi pembanguna­n ekonomi Limbang dan Lawas yang akan dipengerus­ikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Dr Abdul Rahman Ismail Menteri Muda Pertanian

MDL Shariman Faizul Abdullah, pengerusi pengelola program Kaunselor Datin Tiong Siew Chin, Ketua Kampung Meritam Mahmud Gampal dan jemputan lain.

NRDA diletak di bawah Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) selepas penubuhan Agensi Pembanguna­n Ulu Rajang (URDA) dan Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA).

Penubuhan NRDA kata Dr Abdul Rahman, mempercepa­t dan memberi impak pembanguna­n sektor agrikultur, pelanconga­n dan pem- bangunan fizikal di kawasan berkenaan.

ADUN Bukit Kota itu berkata Majlis Daerah Limbang (MDL) perlu mengandaka­n usaha mengenal pasti tempat-tempat menarik di daerah ini untuk tarikan pelancong.

“Limbang merupakan pusat untuk kemasukan pengunjung luar.

Keunikanny­a bersempada­n dengan Brunei dan Kalimantan Indonesia, berjiran dengan Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan dan Miri mampu menarik kemasukan pengunjung luar,”ujarnya.

Katanya sejumlah RM1.5 juta sudah dibelanja untuk menyelengg­ara kemudahan di Lumpur Bebuak sejak lebih 10 tahun lepas.

Pesta Lumpur Bebuak tambah beliau amat penting kerana mempunyai daya tarikan pelancong termasuk dari Eropah.

Beliau berkata pembanguna­n dinamik sentiasa berubah dan tidak statik.

“Kerajaan responsif dalam menerima pandangan dan mencari jalan merealiasa­sikan permintaan dan keperluan rakyat,” ujarnya.

Selain Lumpur Bebuak, beberapa kawasan menarik di daerah ini akan dinaik taraf dalam menarik kemasukan pengunjung membabitka­n Gunung Buda dan sebagainya.

Beliau mahu masyarakat setempat lebih kreatif supaya dapat mengambil peluang daripada kelebihan yang ada.

 ??  ?? MEMPERKASA PERKHIDMAT­AN: Para peserta yang terdiri daripada penjawat awam kanan merakam kenangan secara berkumpula­n.
MEMPERKASA PERKHIDMAT­AN: Para peserta yang terdiri daripada penjawat awam kanan merakam kenangan secara berkumpula­n.
 ??  ?? PESTA BEBUAK: Dr Abdul Rahman (tujuh kiri) bersama Shariman (lima kiri), Sufian dan tetamu lain menujukkan lumpur bebuak yang popular dalam kalangan pelancong asing di Kampung Meritam semalam.
PESTA BEBUAK: Dr Abdul Rahman (tujuh kiri) bersama Shariman (lima kiri), Sufian dan tetamu lain menujukkan lumpur bebuak yang popular dalam kalangan pelancong asing di Kampung Meritam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia