Utusan Borneo (Sarawak)

Denda RM1,000 salah guna bahasa relevan untuk pengamal media

-

MIRI: Kerajaan wajar memperhalu­si keputusan bagi meminda undang- undang yang memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengenakan denda RM1,000 kepada manamana pihak atas kesalahan penggunaan bahasa Malaysia tidak betul termasuk iklan atas talian.

Pengamal Undang-Undang Muhammad Suhaili Othman berkata mendenda masyarakat umum khususnya golongan peniaga atas talian yang bukan berkemahir­an khusus dalam bahasa Malaysia adalah kurang munasabah.

Katanya golongan ini berperanan dalam kelompok masyarakat hanyalah sebagai peniaga dan bukannya sebagai rujukan yang sah atau layak diterima pakai (penggunaan bahasa Melayu yang betul).

“Bagaimanap­un, ada logiknya pengenalan denda tersebut dikenakan kepada pengamal media cetak dan elektronik, penghasila­n buku teks dan buku rujukan serta buku-buku ilmiah.

“Ini kerana, pada dasarnya golongan ini menjadi sumber bacaan dan rujukan yang perlu dan diharapkan untuk menyalur maklumat, berita dan ilmu dengan menggunaka­n tatabahasa yang betul,” katanya ketika ditemu bual Utusan Borneo baru-baru ini.

Atas sebab itu menurut beliau lagi, ketua pengarang berita dan penerbit buku berperanan penting memeriksa dan memantau isi kandungan berita dan buku itu disampaika­n dengan laras bahasa yang betul.

Katanya guru di sekolah khususnya yang menga- jar subjek Bahasa Malaysia perlu sentiasa menekankan dan membetulka­n antara penggunaan bahasa rasmi dengan bahasa pasar kepada pelajar terutama dalam aspek penulisan karangan, esei dan jawapan.

“DBP wajar menganjurk­an kursus atau bengkel berkaitan dengan penggunaan bahasa Malaysia yang betul kepada pengamal media kerana berita yang mereka kongsikan setiap hari ibarat ‘makanan tambahan’ masyarakat kita hari ini.

“Untuk generasi muda masa depan, DBP mungkin boleh meneruskan penganjura­n pertanding­an menulis karangan dan esei dalam kalangan pelajar sekolah sebagai usaha memupuk minat dan kesedaran mengenai kepentinga­n bahasa Malaysia,” katanya.

Sementara itu, DBP barubaru ini dilaporkan akan diberi kuasa mengenakan denda menerusi pindaan terhadap Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996.

 ??  ?? MUHAMMAD SUHAILI
MUHAMMAD SUHAILI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia