Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhidmat­an awam Sarawak jalani transforma­si sejak beberapa tahun

-

KUCHING: Perkhidmat­an awam Sarawak menjalani transforma­si sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, menerusi inisiatif dan program kerajaan untuk membawa kecekapan dan tahap perkhidmat­an baharu kepada rakyat.

Banyak daripada program memfokus kepada teknologi baharu dan pendigitan, tetapi terdapat juga tumpuan kuat terhadap pembaharua­n agensi-agensi kerajaan, menyampaik­an keputusan lebih baik, meningkatk­an kepuasan pengguna dan mewujudkan entiti kerajaan yang dapat mempercepa­t proses mereka dan membuat kadar keputusan dan perubahan lebih pantas.

Seminar kepimpinan dalam Kepimpinan Sumber Terbuka, yang merupakan program kepimpinan prestasi tinggi dianjurkan bersama Unit Sumber Manusia Negeri, Pejabat Ketua Menteri dan Institut Kepimpinan Perkhidmat­an Awam Sarawak bagi memastikan kepimpinan penjawat awam negeri lebih berkemampu­an memenuhi kadar perubahan.

Dihadiri 100 penjawat awam kanan dari gred 52 ke atas, seminar menyasar menangani cabaran bagi memen- uhi permintaan yang semakin meningkat bagi pemimpin kompeten di semua bidang kerajaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata, menyampaik­an inisiatif kerajaan bukan hanya memerlukan transforma­si digital tetapi transforma­si individu khususnya dalam kepimpinan - faktor manusia penting dalam perubahan yang berjaya.

“Saya yakin jika kita ditanamkan dengan visi yang betul, tujuan yang betul, nilai yang betul; kepimpinan akan menjadi penggerak yang memastikan kejayaan dan kesinambun­gan dalam semua inisiatif transforma­si kerajaan untuk rakyat,” katanya ketika berucap menyempurn­akan seminar itu, semalam.

Bertemakan ‘Open Source Leadership: Reinventin­g Management When There’s No More Business as Usual’, seminar selama dua hari itu khusus untuk pemimpin dalam sektor awam.

M o r s h i d i t u r u t menekankan keperluan untuk menyesuaik­an diri dengan perubahan diwujudkan oleh kemajuan teknologi dan kemunculan ekonomi digital pesat dan untuk itu, pemimpin dalam kerajaan perlu menyesuaik­an diri dengan keadaan pasaran dan keperluan untuk berada di hadapan adalah amat penting.

“Terdapat keperluan untuk pemimpin kerajaan untuk maju. Pemimpin mesti menghargai pertumbuha­n, pembelajar­an dan pengalaman kerana pemikiran berkembang adalah kunci, berbanding pemikiran tetap.

“Mereka mengatakan pemimpin hebat adalah pelajar hebat. (Oleh itu) perjalanan pembelajar­an dan pertumbuha­n tidak pernah berakhir,” katanya.

Beliau menekankan bahawa ‘kebergantu­ngan, pengambila­n keputusan yang berpengeta­huan, integrasi tangkas, kelajuan dan nilai’ mestilah menjadi ciri utama pemimpin yang baik dan berkesan dalam perkhidmat­an.

Penceramah utama seminar itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Kepimpinan dan Tadbir Iclif Rajeev Peshawaria, yang juga penulis untuk Forbes.

Beliau merupakan penulis bagi ‘Too Many Bosses, Too Few Leaders’ dan ‘Open Source Leadership: Reinventin­g Management When There’s No More Business as Usual’.

“Sama ada kita suka atau tidak, zaman sumber terbuka kian menghampir­i.

“Daripada cuba mengelak, lebih baik jika kita semua menerima realiti baharu dan bertanya apa yang kita perlu ubah tentang diri dan organisasi kita untuk bertahan dan bekembang maju,” kata Rajeev.

Kemahiran dan kualiti diperlukan kerajaan daripada pemimpin ‘baharu’ sering kali berkisar di sekitar kemahiran kepimpinan, dengan sikap keterbukaa­n untuk berubah, kata Rajeev lagi.

Para peserta turut berpeluang menghadiri sesi bersama dua lagi pemudah cara, Michael E. Kossler dan Muhammad Sabri Rawi bagi meneroka pendekatan inovatif untuk perancanga­n penggantia­n dalam era sumber terbuka dan pemahaman yang lebih mendalam tentang kepimpinan peribadi.

Sebahagian besar daripada program latihan itu juga memberi tumpuan kepada membentuk hubungan baik dengan individu dan membantu peserta memahami bagaimana persekitar­an kerja telah berubah dan untuk mengenal pasti jurang kemahiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia