Utusan Borneo (Sarawak)

CUEPACS Sarawak sambut baik pemberian insentif khas

-

SIBU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik pengumuman Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mengenai pemberian insentif khas gaji sebulan kepada penjawat awam.

Presidenny­a Ahmad Malie berkata insentif itu terbaik bakal diterima penjawat awam negeri kerana sudah lama mereka menerima insentif sebanyak RM500.

Sehubungan itu, beliau menggesa penjawat awam negeri terus menyokong dan memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat sebagai membalas jasa kerajaan negeri.

Ahmad mengulas buat kali pertama kerajaan negeri memberi bayaran insentif khas kepada semua penjawat awam negeri bersama dengan gaji asas satu bulan atau minimum RM2,000.

“CUEPACS merakamkan setinggi- tinggi terima kasih atas insentif khas gaji sebulan atau sekurangku­rangnya RM2,000 kepada penjawat awam negeri seperti diumumkan dalam pembentang­an Bajet 2018 untuk Sarawak.

“Pengumuman insentif itu jelas membuktika­n kerajaan negeri sensitif dan memahami nasib kakitangan awam negeri ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau menggesa penjawat awam negeri berpendapa­tan pertengaha­n berhemat dan mengutamak­an memenuhi keperluan musim persekolah­an tahun depan.

Ahmad juga berharap kerajaan negeri memberi insentif khas kepada semua penjawat awam tanpa mengira sama ada mereka kakitangan kerajaan negeri atau persekutua­n.

 ??  ?? AHMAD MALIE
AHMAD MALIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia