Utusan Borneo (Sarawak)

Pekebun kecil ladang sawit digesa peroleh sijil MPSO

-

LONG LAMA (BARAM): Semua pekebun kecil ladang sawit utara Sarawak digesa memperoleh dan memohon pensijilan Minyak Sawit Mapan Malaysia (MPSO).

Presiden Dayak Oil Palm Planters Associatio­n (DOPPA) Dr Richard Mani Banda berkata, pensijilan itu penting untuk menangani isu serta cabaran berkaitan pelbagai pihak berkepenti­ngan dalam sektor ini.

Bercakap semasa program ‘Aram Besawit/Nuvuh Nah Sawit/Mola Ne Sawit’ kawasan Telang Usan kelmarin, Dr Richard berkata, pensijilan ini memastikan perladanga­n kelapa sawit diselaras menggunaka­n kaedah penanaman lestari.

“Melalui pensijilan ini, pihak berkepenti­ngan dapat menjalanka­n kepentinga­n mereka dengan mengesan semua aktiviti di seluruh rantaian bekalan kelapa sawit dan memantau piawaian kemampanan yang telah ditetapkan.”

“Pengurus premis kelapa sawit dan fasiliti berkaitan di sepanjang rantaian bekalan akan dapat memahami peranan mereka perlukan dalam lingkungan masingmasi­ng dan tindakan yang diperlukan untuk menyokong dan mencapai matlamat yang mampan,” katanya.

Dr Richard menjelaska­n, piawaian Malaysia menyediaka­n prinsip-prinsip am mengenai keperluan untuk perladanga­n dan pekebun kecil yang terancang untuk menubuhkan, menyelengg­ara dan meningkatk­an amalan operasi dalam rangka kerja sistem pengurusan.

Katanya ia membolehka­n penggunaan pendekatan yang sistematik dan bertaburan ke arah mencapai pengeluara­n minyak kelapa sawit .

“Standard ini merangkumi bidang operasi industri kelapa sawit sepanjang rantaian bekalan yang terdiri daripada pengeluara­n benih, pembibitan, harta tanah, pekebun kecil, kilang, penghancur­an kernel, penapisan, penyimpana­n, pengangkut­an, pengedaran dan sistem pengurusan dan operasi.”

Sementara itu, daripada lebih 22,000 pekebun kecil di seluruh Sarawak, kira-kira 800 sudah berdaftar dengan DOPPA.

Semasa program tersebut yang dianjurkan DOPPA dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), seramai 40 pekebun kecil menghantar permohonan menjadi ahli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia