Utusan Borneo (Sarawak)

Komitmen daripada semua pihak amat diperlukan khususnya yang bergiat aktif dalam sektor pertanian, kata Uggah

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Menjelang 2030 Sarawak menyasar menjadi negeri pengekspor­t utama produk makanan dan buahbuahan di Malaysia.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata bagi merealisas­ikan matlamat itu komitmen semua pihak amat diperlukan khususnya bergiat aktif dalam sektor pertanian.

“Melalui pelbagai pelan dan perancanga­n disediakan kerajaan pada masa kini, kita yakin sasaran itu mampu direalisas­ikan.

“Seperti diketahui, Sarawak mempunyai banyak kelebihan untuk berkembang dan menjadi sebuah negeri pengeluar utama produk utama makanan di negara ini.

“Ini kerana masyarakat negeri ini rajin dan mempunyai tanah luas untuk diusahakan sebagai pusat penghasila­n pertanian selain pelbagai bantuan disediakan kerajaan,” katanya pada Maj- lis Perasmian Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei 2017 semalam.

Menurutnya, pada masa kini Sarawak mengimport sejumlah RM4 bilion produk makanan dari negara luar untuk menampung keperluan dan permintaan penduduk.

Justeru, jumlah itu perlu dikurangka­n dan memberi kesedaran serta bimbingan kepada masyarakat bergiat dalam sektor pertanian agar menukar cara dan corak mereka mengusahak­annya.

“Jika masa ini masyarakat kita lebih mengusahak­annya dalam bentuk sara diri tetapi untuk memastikan impian menjadikan Sarawak sebagai pengeluar utama produk makanan, cara tersebut perlu diubah.

“Corak lebih komersil dan berskala besar perlu digunakan untuk mendapatka­n hasil pertanian lebih banyak.

“Justeru, kerajaan berusaha memperkena­lkan penggunaan teknologi moden untuk dimanfaatk­an penggiat sektor pertanian bagi meringanka­n beban mengusahak­an ladang dan pertanian,” jelasnya.

Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah itu turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM50,000 kepada Jawatankua­sa Pesta Nanas dan Buah- Buahan Sarikei 2017.

Hadir sama Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang Datu Len Talif Salleh, ADUN Repok Dato Sri Huang Tiong Sii, ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom, ADUN Meluan Rolland Duat Jubin, Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Sallang Gandum dan Residen Bahagian Sarikei Mohamad Junaidi.

 ??  ?? TAHNIAH: Fadillah merakam kenangan bersama semua pemenang Anugerah Media Pembinaan CIDB 2017 bagi kesemua kategori sempena majlis Malam Penghargaa­n Media KKR di Hotel Pullman Kuching, malam kelmarin.
TAHNIAH: Fadillah merakam kenangan bersama semua pemenang Anugerah Media Pembinaan CIDB 2017 bagi kesemua kategori sempena majlis Malam Penghargaa­n Media KKR di Hotel Pullman Kuching, malam kelmarin.
 ??  ?? IKON UTAMA: Douglas menyempurn­akan upacara perasmian Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei 2017.
IKON UTAMA: Douglas menyempurn­akan upacara perasmian Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia