Utusan Borneo (Sarawak)

Fadillah adakan lawatan mengejut ke tapak pembinaan Jambatan Batang Samarahan

-

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof semalam mengadakan lawatan mengejut ke tapak pembinaan Jambatan Batang Samarahan di Kota Samarahan dekat sini.

Lawatan tersebut adalah bagi melihat sendiri perkembang­an kerja- kerja pembinaan jambatan sepanjang 774 meter dengan nilai RM93 juta itu.

“Berdasarka­n laporan atas kertas setakat ini, projek ini berjalan dengan agak lancar tetapi kita di kementeria­n mahu melihat sendiri pelaksanaa­n projek ini,” katanya yang meluangkan masa kirakira 15 minit di tapak pembinaan jambatan tersebut.

Turut bersama beliau pada lawatan tersebut, Ketua Setiausaha Kementeria­n Kerja Raya Datuk Zohari Akob serta pegawai-pegawai dan jurutera kementeria­n dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Dalam pada itu, jambatan ini dijangka akan dibuka pada Jun 2018 sebagai laluan penghubung utama kepada kira-kira 30,000 penduduk dari kawasan Samarahan dan Asajaya.

Sebaik jambatan ini siap nanti, ia akan memendekka­n jarak dan tempoh perjalanan pengguna dari Kuching ke Asajaya kepada sekurangku­rangnya 30 minit.

Pada masa ini, penduduk dan orang ramai perlu melalui perjalanan agak jauh iaitu lebih 90 kilometer (km) antara Kuching dengan Asajaya.

Malah pengguna juga perlu menggunaka­n perkhidmat­an feri serta jalan darat melalui Universiti Teknologi MARA ( UiTM) Samarahan.

Jambatan sepanjang 774 meter merentangi Batang Samarahan menghubung­kan Kampung Baru dengan Kampung Tambey ini bakal melengkapi perhubunga­n jalan pesisir di negeri ini.

Ini merupakan jambatan yang kedua menghubung­kan jalan pesisir selepas Jambatan Batang Sadong yang sudah siap sepenuhnya dan dibuka kepada orang ramai tahun lepas.

 ??  ?? LANCAR: Kerja pembinaan Jambatan Batang Samarahan sepanjang 774 meter berjalan lancar dan dijadual dibuka kepada umum pada Jun 2018.
LANCAR: Kerja pembinaan Jambatan Batang Samarahan sepanjang 774 meter berjalan lancar dan dijadual dibuka kepada umum pada Jun 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia