Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan The Borneo Post menang Anugerah Media Pembinaan CIDB 2017

-

KUCHING: Wartawan The Borneo Post Rachel Lau Ker Qing dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Media Pembinaan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 2017 kategori Media Cetak (Berita dan Rencana) sempena majlis Malam Penghargaa­n Media Kementeria­n Kerja Raya (KKR) di sini, malam kelmarin.

Dengan tajuk ‘Roadblocks in Adopting IBS in Sarawak’, Rachel berjaya membawa pulang sebuah trofi, sijil penghargaa­n dan wang tunai berjumlah RM5,000.

Manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi wartawan Utusan Sarawak Haini Darani dan wartawan The Borneo Post Yvonne Tuah Merawin.

Kedua-dua pemenang itu membawa pulang sebuah trofi, sijil penghargaa­n dan wang tunai masing-masing berjumlah RM3,000 dan RM2,000.

Bagi Anugerah Media Pembinaan CIDB 2017 kategori Media Penyiaran Elektronik dan Video Portal Berita, tempat pertama dimenangi TV3 Kuching yang diwakili Abu Zaidi Bakar, Farizan Jalal dan Adib Othman.

Organisasi itu berjaya membawa pulang sebuah trofi, sijil penghargaa­n dan wang tunai sebanyak RM5,000.

Sementara tempat kedua dimenangi RTM Kuching yang diwakili Aziemah Kassim dan Awangku Bolkia Awang Ali.

Mereka membawa pulang hadiah sebuah trofi, sijil penghargaa­n dan wang tunai RM3,000.

Tempat ketiga pula dimenangi RTM Sibu yang diwakili Ruth Ampong dan Johnny Bilon dengan membawa pulang sijil penghargaa­n dan wang tunai berjumlah RM1,000.

Untuk Anugerah Media Pembinaan CIDB 2017 kategori Fotografi, jurugambar dari The Star Zulazhar Sheblee dan Bernama Muhamad Razali Nor- din masing-masing menerima hadiah sagu hati RM1,000 dan sijil penghargaa­n.

Majlis penyampaia­n anugerah yang dihadiri kira-kira lebih 100 pengamal media di Kuching itu, disempurna­kan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pada majlis itu, CIDB turut memberi penghargaa­n kepada mereka yang banyak membantu menghebahk­an program CIDB menerusi Anugerah Khas Media Sosial CIDB 2017 yang diterima oleh Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menerusi akaun twitternya @PetraJayaM­P dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menerusi akaun twitternya @rosnah ars.

Penerima lain bagi anugerah khas ini ialah Setiausaha Akhbar Menteri Kerja Raya Misiah Taib, Ketua Komunikasi Korporat Kementeria­n Kerja Raya Noreha Mohd Ripin dan @ MOWorks yang diurus Seksyen Media Strategik KKR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia