Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan, naik taraf Jalan Batu 15 dijangka siap April 2018

-

KUCHING: Kerja pembinaan dan menaik taraf Jalan Batu 15 di laluan KuchingSer­ian dekat sini dijangka siap pada April 2018.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jalan sepanjang lapan kilometer (km) bermula dari Batu 10 ini merupakan salah satu daripada projek di bawah Lebuhr Raya Pan Borneo.

Setakat ini, projek itu katanya sepatutnya mencapai 75 peratus kemajuan tetapi disebabkan permasalah­an di tapak pembinaan, berlaku sedikit kelewatan pada projek.

“Secara keseluruha­nnya, saya berpuas hati dengan tahap kemajuan projek ini meskipun berlaku sedikit kelewatan disebabkan masalah tertentu.

“Saya telah mengarahka­n kontraktor mencari jalan bagaimana mempercepa­tkan kerja pembinaan jalan ini dan jika tiada masalah lain timbul, jalan ini dapat disiapkan pada April tahun depan,” katanya ketika ditemui ketika lawatan mengejut ke tapak pembinaan semalam.

Pada lawatan tersebut, Fadillah turut memberi beberapa teguran kepada kontraktor pertama untuk mereka memastikan semua program pengurusan trafik dipatuhi sepenuhnya.

Pematuhan kepada program pengurusan trafik ini katanya, amat penting bagi memberi keselesaan kepada pengguna yang menggunaka­n laluan itu ketika dalam pembinaan.

Selain masalah pengurusan trafik, pihaknya (Kementeria­n Kerja Raya) turut menerima aduan berlakunya banjir kilat disebabkan aliran air tersekat kesan daripada pembinaan.

Berikutan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran, sedang mencari penyelesai­an bagaimana menangani masalah itu daripada berulang.

Berhubung keseluruha­n projek Lebuh Raya Pan Borneo, Fadillah berkata setakat ini semua 10 daripada 11 pakej kerja di bawah kendalian Lebuhraya Borneo Utara (LBU) mendahului jadual.

Fokus kini adalah kepada pakej Lundu-Sematan yang berhadapan sedikit kelewatan disebabkan masalah melibatkan tanah.

Bagaimanap­un, Fadillah yakin satu-satunya pakej yang sedikit terlewat ini dapat mengejar semula jadual pembinaan.

 ??  ?? DALAM PEMBINAAN: Kerja-kerja pembinaan sebahagian daripada jambatan di Jalan Batu 15, Kuching-Serian.
DALAM PEMBINAAN: Kerja-kerja pembinaan sebahagian daripada jambatan di Jalan Batu 15, Kuching-Serian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia