Utusan Borneo (Sarawak)

SABERKAS Unit Green Road memain peranan memberi pendidikan awal

-

SIBU: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Unit Green Road memainkan peranannya memberi pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti di peringkat prasekolah.

Pengerusin­ya Ibrahim Laili berkata tadika mereka menyediaka­n kanak-kanak prasekolah dengan pendidikan rendah berkualiti.

“Ibu bapa harus bekerjasam­a dengan guru bagi memastikan anak-anak terlibat dengan pembelajar­an yang baik,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Sijil dan Hadiah Tadika SABERKAS Unit Green Road Sesi 2017 di sini malam Jumaat lalu.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaa­n kepada guru atas usaha keras dan dedikasi mereka menyampaik­an ilmu diperlukan kanak- kanak untuk pen- didikan awal.

Majlis penyampaia­n sijil dan hadiah disempurna­kan Penyelia Unit Pengurusan Sekolah merangkap Pegawai Pendidikan Swasta, Pejabat Pendidikan Daerah Sibu Lolita Jimmy Jalil.

Hadir sama Setiausaha SABERKAS Nangka Mohamad Safree Mohamad Kassim, Kaunselor Jimmy De Rozario dan Kaunselor Rabek Ali.

Dalam ucapannya, Lolita berbangga walaupun tadika (Green Road) tidak mempunyai ramai kanak-kanak namun mereka boleh bersaing dengan tadika swasta lain.

Beliau juga menggesa ibu bapa terus memberi sokongan kepada tadika tersebut.

Majlis itu dimeriahka­n dengan persembaha­n fesyen kanak-kanak tadika tersebut.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Dr Voon (kiri) menyampaik­an kemeja Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Sarawak kepada Dr Sim (dua kiri)sebagai tanda penghargaa­n pihaknya di Kuching, semalam.
CENDERAMAT­A: Dr Voon (kiri) menyampaik­an kemeja Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Sarawak kepada Dr Sim (dua kiri)sebagai tanda penghargaa­n pihaknya di Kuching, semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: Ibrahim (dua kanan), Lolita (dua kiri) bersama kanak-kanak Tadika SABERKAS Unit Green Road menerima sijil pada majlis itu.
TAHNIAH: Ibrahim (dua kanan), Lolita (dua kiri) bersama kanak-kanak Tadika SABERKAS Unit Green Road menerima sijil pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia