Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Lorong Seladang 6 persoal tindakan lulus pembinaan pangsapuri

-

KUCHING: Penduduk di Lorong Seladah 6, Jalan Seladah mempersoal­kan tindakan Unit Perancang Negeri (SPA) dan kerajaan negeri meluluskan pembinaan pangsapuri perkhidmat­an (service apartment) di Lot 1948 dan 9574, iaitu terletak di tengahteng­ah kawasan perumahan mereka.

Rasa tidak puas hati itu diketengah­kan menerusi satu sidang media bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa yang Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen di Ibu Pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di sini semalam.

Wakil penduduk berkenaan Brian Chien berkata, pangsapuri itu setinggi lima tingkat dan dilengkapi 65 unit pangsapuri perkhidmat­an.

“Tindakan meluluskan pembinaan pangsapuri perkhidmat­an ini, jelas menunjukka­n SPA mengabaika­n garis panduan pembanguna­nnya sendiri. Ia juga menunjukka­n garis panduan SPA itu tidak konsisten dan bercanggah.

“Sebagai contoh garis panduan SPA ialah kepadatan terkawal ialah lapan hingga 10 unit rumah kediaman dalam kawasan seluas satu ekar tetapi untuk cadangan projek ini dibangunka­n di atas dua plot tanah yang hanya 1.3 tetapi menempatka­n 65 unit pangsapuri,” katanya.

Menurut Chien lagi, dengan pembinaan pangsapuri itu, akan menukar kawasan berkenaan yang sebelum ini kawasan kediaman sepenuhnya kepada komersil.

Tambahnya, setahun lalu penduduk kawasan perumahan itu mengemukak­an aduan atau kenyataan bertulis kepada SPA, Talikhidma­t, Integriti dan Ombudsman termasuk Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tiada maklum balas positif diterima.

“Kami cuba mengadakan temu janji dengan ketua SPA, tetapi jawapan diberi ialah beliau cuti, sedang berkursus atau sibuk.

“Setakat ini, kami tinggal dalam kejiranan rumah teres dua tingkat, tiba-tiba bangunan lima tingkat dibina di tengah-tengah kejiranan kami.

“Justeru kami mahu bertanya kepada SPA, apakah tujuannya menetapkan kawalan kepadatan yang ketat dalam kawasan perumahan (lapan hingga 10 unit rumah bagi setiap satu ekar) apabila pihak berkuasa itu meluluskan pembinaan 65 unit pengsapuri perkhidmat­an untuk kawasan hanya seluas 1.3 ekar?” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak berkata pangsapuri perkhidmat­an sama seperti hotel dan pembinaann­ya diklasifik­asikan sebagai komersil tidak seperti kondominiu­m atau pangsapuri kediaman.

“Pembanguna­n setiap kawasan kediaman atau perumahan perlu diambil kira, lebar jalan, laluan trafik dan jumlah penduduk yang tinggal di kawasan berkenaan.

“Dalam kes ini, rangkaian jalan raya di kawasan ini tidak dapat menampung blok pangsapuri 65 unit di atas tanah seluas 1.3 ekar.

“Ia membawa kepada jumlah pengguna jalan yang meningkat sehingga tiga kali ganda,” ujarnya.

Menurut Chong lagi pembinaan pangsapuri itu apabila orang mula tinggal di situ akan menyebabka­n banyak kenderaan menggunaka­n jalan sedia ada sekarang yang sudah tentu membawa kepada kesesakan lalu lintas.

 ??  ?? RASMI:Dr Siti Hajar (dua kanan) bersama yang lain menyempurn­akan perasmian Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Bahagian Bintulu.
RASMI:Dr Siti Hajar (dua kanan) bersama yang lain menyempurn­akan perasmian Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Bahagian Bintulu.
 ??  ?? APA RASIONALNY­A?: Chien (kanan) mewakili penduduk dari Lorong Seladah 6, Jalan Seladah pada sidang media semalam. Turut kelihatan Chong (empat kanan) dan pembantu khasnya Dr Kelvin Yii (empat kiri).
APA RASIONALNY­A?: Chien (kanan) mewakili penduduk dari Lorong Seladah 6, Jalan Seladah pada sidang media semalam. Turut kelihatan Chong (empat kanan) dan pembantu khasnya Dr Kelvin Yii (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia