Utusan Borneo (Sarawak)

Satu daripada tujuh orang kelahiran turut menghidap diabetes gestasi (semasa hamil)

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Statistik Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Sarawak mendedahka­n satu daripada 10 orang wanita mengidap penyakit diabetes di sini.

Pengerusin­ya Dr William Voon berkata satu daripada tujuh orang kelahiran turut menghidap diabetes gestasi (iaitu semasa hamil).

“Malahan satu daripada enam orang di Malaysia juga menghidap penyakit diabetes dan ia sememangny­a merupakan masalah kesihatan yang besar dan perlu diambil serius,” katanya ketika berucap pada program ‘World Diabetes Day 2017: Woman and Diabetes, Our Right to a Healthy Future’ semalam.

Justeru, wanita digesa lebih mengambil berat akan kesihatan mereka jika berhasrat mencapai kesejahter­aan keluarga dan komuniti.

Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata daripada rangkuman statistik berk-

Malahan satu daripada enam orang di Malaysia juga menghidap penyakit diabetes dan ia sememangny­a merupakan masalah kesihatan yang besar

serius. ” dan perlu diambil Dr William Voon Pengerusi Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Sarawak

enaan satu daripada tiga rakya Sarawak berumur 50 tahun ke atas menghidap diabetes.

Diabetes katanya, berupaya menjadi permulaan kepada penyakit kardiovask­ular yang lain dan berupaya menyebabka­n kematian.

“Diabetes jenis II boleh dicegah dengan senaman dan pemakanan yang sihat dan jangan sesekali waswas untuk tidak menghabisk­an makanan anda.

“Inilah nasihat saya kerana hampir setengah daripada pesakit yang dirawat di Pusat Jantung Kota Samarahan mempunyai masalah diabetes.

“Masih banyak cara lain un- tuk kita jana kepada ekonomi negara dan bukannya dengan menggunaka­n wang anda untuk membeli makanan yang banyak atau membayar kos perubatan yang mahal,” katanya.

Kaum wanita, jika anda sayangkan keluarga anda… rajinkan diri bersenam dan memakan makanan yang sihat kerana setelah menghidap penyakit ini bukan seperti anda meraih pingat emas dalam kehidupan kita, tegasnya.

Rakyat negeri ini juga disaran kerap mengadakan saringan kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia