Utusan Borneo (Sarawak)

Hadir majlis agama lain jadi kebiasaan di S’wak

-

SERIAN: Sudah menjadi kebiasaan di negeri Sarawak apabila wakil rakyat bukan beragama Islam diundang ke majlis orang Islam begitu juga sebaliknya, kata Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah.

Jelasnya, sikap ini mencetus suasana toleransi yang padu kerana ia sukar didapati di kawasan lain namun satu kebiasaan bagi rakyat negeri ini.

“Ia telah menjadi kebiasaan bagi kita melihat ADUN bukan beragama Islam bebas diundang ke majlis agama Islam atau sebaliknya. Inilah perpaduan utuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Penangguha­n Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Serian Tahun 1439H/2017M kelmarin.

Beliau yang juga ADUN Tarat optimis agar peserta mengambil bahagian pada majlis tilawah itu bakal dipilih mewakili bahagian Serian ke Majlis Tilawah Peringkat Negeri Sarawak kelak.

Sementara itu, Timbalan Residen Bahagian Serian yang juga pengerusi pengelola Mastapa Julaihi, dalam ucapannya turut memuji komitmen yang ditunjukka­n pihak Kampung Lintang Baru selaku tuan rumah majlis.

Katanya usaha itu tidak akan berjaya diurus jika tidak terdapat komitmen padu pelbagai agensi di bahagian Serian seperti Majlis Daerah Serian dan JKR Serian.

Pada majlis itu, seramai 22 peserta iaitu 16 qari dan enam qariah mengambil bahagian serta memperdeng­ar bacaan masing-masing pada malam pertama.

Manakala tujuh qari dan empat qariah disenarai pendek untuk memperdeng­arkan lagi bacaan mereka pada malam kedua.

Beliau turut mengucapka­n syabas kepada pengajar dan pelajar GIATMARA Serian yang mencurahka­n kemahiran dan kepakaran sebagai juruteknik memastikan persiapan pentas, pendawaian elektrik dan dekorasi astaka berada pada tahap yang memuaskan.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Serian memasuki tahun ketiga penganjura­nnya menyaksika­n Mohd Ashraf Lukman dari Taman Ku Cinta Serian mengunggul­i kateqori qari manakala Wan Halim Shah mendapat tempat kedua dan Wan Zakarian Ripot tempat ketiga.

Bagi kategori qariah pula, Ayang Bakri buat kali ketiga berturut-turut menjadi juara manakala tempat kedua dimenangi Suraya Ibrahim dan Nur Afiqah Khalisah Jemat mendapat tempat ketiga.

Johan setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM1,000 berserta trofi, tempat kedua RM750 ber- serta trofi, tempat ketiga RM500 berserta trofi manakala hadiah sagu hati sebanyak RM100.

Kesemua hadiah telah disampaika­n oleh Sagah di Balai Raya Kampung Lintang Baru lewat petang Sabtu.

Ketua Jemaah Hakim Abdul Rahim Rasyid ketika memberi ulasan berhubung prestasi peserta merumuskan bahawa persembaha­n peserta jauh lebih baik berbanding tiga tahun lalu.

Mutu bacaan kebanyakan peserta adalah pada tahap yang baik di samping beberapa lagi kriteria pemarkahan lain yang diambil kira, ujarnya.

 ??  ?? SAMPAIKAN: Sagah (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta yang memenangi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Serian Tahun 1439H/2017M Sabtu lalu.
SAMPAIKAN: Sagah (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta yang memenangi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Serian Tahun 1439H/2017M Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia