Utusan Borneo (Sarawak)

Kanser sumbang 13.56 peratus kematian wanita Malaysia

-

BINTULU: Perangkaan jumlah pesakit kanser di Malaysia meningkat pada anggaran menyumbang 13.56 peratus kematian pada 2016 yang menyenarai­kan kanser payudara mencapai 32.1 peratus.

Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang berkata, selain kanser payudara empat kanser lain dikesan pada wanita ialah kolorektum (10.7 peratus), serviks uteri (7.7 peratus), ovari (6.1 peratus) dan paru-paru (5.6 peratus).

Katanya kanser dan kanser payudara merupakan punca utama kematian di Malaysia apabila 1:19 wanita di Malaysia berisiko berbanding 1:8 di Amerika Syarikat.

“Dilapor setiap tahun di Malaysia, 50 peratus kanser payudara dikesan dalam kalangan wanita berumur 50 tahun ke bawah berbanding 20 peratus dalam kalangan wanita 50 tahun di negara barat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan dibaca Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Bintulu Dr Siti Hajar Rosli pada perasmian Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Bahagian Bintulu di Times Square Megamall kelmarin.

Katanya, keadaan itu membimbang­kan terutama pekerja kesihatan dan Kementeria­n Kesihatan dan kempen seperti itu membantu jika berlaku kelewatan rawatan.

Jelasnya, dengan adanya aktiviti kesedaran sebegini, golongan wanita akan dapat berkongsi tentang langkah pencegahan, amalan hidup sihat dan pemeriksaa­n payudara sendiri (BSE) secara rutin.

“Wanita berumur 40 tahun dan ke atas pula digalak membuat pemeriksaa­n setahun sekali di klinik kesihatan khusus dalam usaha meningkatk­an tahap kesihatan dan kualiti kehidupan mereka,” tambahnya.

Turut hadir ahli jawatankua­sa Persatuan Penjagaan Palliatif Bintulu, kakitangan Hospital Bintulu dan pengurusan Times Square Megamall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia