Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat Charlie C-130 dan helikopter Nuri dalam proses naik taraf

-

KUALA LUMPUR: Pesawat Charlie C-130 dan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM) sedang dinaik taraf bagi melengkapk­an kedua- dua aset itu dengan peralatan dan teknologi lebih canggih.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata, proses tambah baik aset pertahanan negara itu dilakukan secara berterusan bagi memastikan­nya selamat digunakan setiap masa.

Malah, katanya peruntukan bagi melengkapk­an kedua-dua aset milik TUDM itu dengan peralatan dan teknologi lebih canggih, termasuk di bawah Bajet 2018 yang dibentangk­an pada 27 Okt lepas.

Justeru, katanya adalah tidak wajar untuk menggesa kerajaan menghentik­an operasi pesawat berkenaan hanya disebabkan beberapa insiden yang tidak dapat dielak.

“Aset- aset pertahanan kerajaan sentiasa diberi perhatian dan penyelengg­araan... sememangny­a sudah ada peruntukan untuk itu,” katanya kepada sidang media selepas meninjau Konvensyen Pemerkasaa­n Agenda Ummah 3.0, di sini semalam.

Beliau mengulas insiden pesawat angkut C-130 milik TUDM yang membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Labuan kelmarin, selepas menghadapi masalah kekaki pesawat ‘landing gear’ dalam kejadian kira-kira 5.15 petang kelmarin.

Sementara itu, mengulas kenyataan seorang penganalis­is pertahanan di sebuah portal berita tempatan yang melahirkan kebimbanga­n bahawa penubuhan Pusat Keamanan Antarabang­sa Raja Salman (KSCIP) akan mengundang lebih ramai musuh kepada negara, Hishammudd­in berkata tidak ada negara di dunia terkecuali daripada ancaman pengganas.

“Ini terbukti bila kita lihat negara-negara lebih maju. Negara yang tidak ada pusat ini juga tidak bermakna bahawa mereka tidak akan menjadi sasaran, kita tidak boleh hidup dalam ketakutan.

“Saya sendiri berada dalam ‘hit list’ (individu yang menjadi sasaran untuk dibunuh) pihak Daesh, tapi tak bermakna saya akan hentikan usaha saya berperang dengan mereka habis-habisan,” katanya.

Mengenai Konvensyen Pemerkasaa­n Agenda Ummah 3.0 itu, Hishammudd­in yang juga Naib Presiden UMNO berkata platform itu memberi ruang kepada semua ‘stakeholde­r’ (pihak berkepenti­ngan) untuk mem- beri pandangan masing-masing yang seterusnya akan dibawa dalam Perhimpuna­n Agung UMNO yang akan diadakan bulan depan.

“Ia juga menunjukka­n perjuangan UMNO tidak bermusim dan berkisar politik sahaja. Saya tengok kelebihan pada UMNO. Ruang diberi secara inklusif melibatkan semua stakeholde­r sama ada tokoh ekonomi, agama, pendidikan, wakil agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan mahasiswa.

“Mereka ini terlibat secara langsung memberikan pandangan dalam kita buat persediaan usul untuk Perhimpuna­n Agung UMNO,” tambahnya yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Usul Majlis Tertinggi UMNO. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Hishammudd­in (kanan) bersalaman bersama peserta yang menghadiri Konvensyen Pemerkasaa­n Agenda Ummah 3.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Hishammudd­in (kanan) bersalaman bersama peserta yang menghadiri Konvensyen Pemerkasaa­n Agenda Ummah 3.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia