Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sasar penyertaan 1,000 peserta menerusi program MyLesen GDL

-

BENTONG: Kerajaan menyasarka­n penyertaan kirakira 1,000 peserta menerusi program MyLesen Memandu Kenderaan Barang (GDL) yang merupakan kerjasama antara Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Dana Pembanguna­n Sumber Manusia (HRDF), kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Selain memberikan potongan harga bagi memiliki lesen memandu lori dan bas, Liow berkata program MyLesen GDL juga memainkan peranan dalam mengatasi masalah kekurangan pemandu lori dan bas dari kalangan rakyat tempatan di negara ini.

“Menerusi MyLesen GDL, harga untuk memiliki lesen memandu lori dan bas disubsidik­an kerana kita mahu latih lebih ra- mai pemandu dari kalangan rakyat tempatan dengan harga istimewa. Program akan diteruskan sehingga kita capai sasaran.

“Kerajaan akan beri subsidi, kalau harga biasa lebih kurang RM3,888 untuk dapatkan lesen memandu lori dan bas. Kerana ada subsidi, harga ditawarkan adalah RM1,600. Kita mahu gunakan kemahiran rakyat tempatan,” katanya.

Liow berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup program Satu Komuniti Satu JPJ ( SKSJ) Khas 2017 di Kompleks Sukan Benus, di sini semalam. Turut hadir Ketua Pengarah JPJ Datuk Shahruddin Khalid.

Seramai 463 peserta berjaya memiliki lesen memandu percubaan motosikal (Kelas B2) menerusi program SKSJ di daerah itu.

Mengulas lanjut, Liow berkata mereka yang berminat boleh mengunjung­i manamana JPJ terdekat untuk tindakan selajutnya dan tiada had umur dikenakan kepada peserta berminat asalkan individu tersebut memiliki tubuh badan yang sihat.

Mengenai kadar kemalangan dan kesalahan pemanduan, Liow berkata pihaknya akan mengkaji semula Akta Pengangkut­an Jalan 1987 bagi mengenakan tindakan lebih tegas kepada pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.

“Sistem Mata Demerit hanya melibatkan dua kesalahan utama iaitu pelanggara­n lampu merah dan memandu melebihi had laju. Mulai tahun depan kita akan tambah lagi 20 kesalahan antaranya menggunaka­n laluan kecemasan, menggunaka­n telefon bimbit ketika memandu dan membawa muatan lebih,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa projek untuk membina pelabuhan di Pulau Carey sebagai pelengkap kepada Pelabuhan Westport dan Northport yang dikatakan terpaksa ditangguhk­an, Liow menolak dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa: Mereka yang menimbulka­n isu itu, mungkin mempunyai agenda sendiri”.

Projek pelabuhan dan bandar raya maritim di Pulau Carey meliputi kawasan 100 km persegi, di bawah zon bebas dagangan serta mempunyai zon perumahan, komersil dan prasarana sokongan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAGA KESELAMATA­N: Liow (tiga kiri) menyarungk­an topi keledar kepada Mohd Redzal Mohd Jalil yang berstatus kurang upaya sebagai gimik penyerahan lesen pada Majlis Perasmian Penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) 2017 Daerah Bentong di Dewan...
— Gambar Bernama JAGA KESELAMATA­N: Liow (tiga kiri) menyarungk­an topi keledar kepada Mohd Redzal Mohd Jalil yang berstatus kurang upaya sebagai gimik penyerahan lesen pada Majlis Perasmian Penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) 2017 Daerah Bentong di Dewan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia