Utusan Borneo (Sarawak)

Program Hati Emas MARA bersama komuniti bantu rakyat luar bandar mengakses perkhidmat­an MARA

- Oleh Andy Sabang dan Watt Zacchaeus

KAPIT: Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW) Datuk Alexander Nanta Linggi kelmarin telah menyempurn­akan Majlis Penutupan Program Hati Emas Kemahiran MARA-Kapit bertema ‘Belia Berkemahir­an Pemangkin Pembanguan Kawasan Pesisir’.

Program ini merupakan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Hati Emas Majlis Amanah Rakyat ( MARA) bersama komuniti bertujuan membantu rakyat luar bandar mengakses perkhidmat­an disediakan MARA.

Ini selaras dengan manifestas­i betapa teguhnya perinsip serta nilai bersama yang dipegang oleh MARA iaitu menjunjung amanah rakyat.

Apa yang menariknya, program itu turut melibatkan usaha sama antara MARA dan komuniti setempat.

Di peringkat MARA, program itu disokong oleh penglibata­n warga kerja dan anak syarikat MARA, pelajar Institut Pendidikan MARA ( IPMa), komuniti usahawan serta NGO di bawah MARA.

Manakala di peringkat akar umbi, penglibata­n pemimpin tempatan, komuniti setempat, pihak berkuasa tempatan serta agensi-agensi kerajaan.

Nanta dalam ucapannnya berkata, program Hati Emas itu untuk memastikan komuniti luar bandar tidak terkecuali daripada merasai arus teknologi melalui hasil pembanguna­n projek inovasi dijalankan Institut Kemahiran MARA.

“Saya berasa sangat ber- tuah dan bangga dengan inisiatif Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi melaksanak­an program bersama penduduk luar bandar di negeri Sarawak, khususnya di bahagian Kapit.

“Selain mampu memperkena­lkan budaya suku kaum Iban di Rumah Empawi Sawa Iba di Nanga Sekukut, Sungai Yong, Kapit, pemindahan teknologi dan ilmu dapat dilaksanak­an seperti apa yang diusahakan oleh Institut Kemahiran MARA Bintulu melalui hasil pembanguna­n projek inovasi yang menggabung­kan projek inovasi iaitu unit rumah hijau, sistem fertigasi, tenaga solar dan sistem pendingin.

Menurut Nanta, sistem hidroponik dan fertigasi merupakan gabungan sistem akuakultur (ternakan ikan) dan hidroponik ( tanaman sayuran dengan aliran air, tanpa menggunaka­n tanah) dan pemberian baja melalui sistem pengairan titis.

Ini antara beberapa perubahan inovasi diperkenal IKM Bintulu dalam memperting­katkan kemajuan penduduk di daerah Kapit, seterusnya boleh diguna pakai bersama oleh penduduk lain.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kanowit berkata pembanguna­n diusahakan satu pihak sahaja adalah sama seperti seseorang bertepuk sebelah tangan.

Jelasnya kerajaan dan rakyat harus bergerak seiring untuk menghasilk­an kejayaan sempurna dan menguntung­kan kedua-dua pihak.

Katanya, MARA terus merealisas­ikan visi KKLW iaitu membandark­an luar bandar melalui penglibata­n bersama komuniti luar bandar dengan merapatkan jurang perbezaan melalui infrastruk­tur, ekonomi, pendidikan dan lain- lain yang merupakan pembanguna­n menyeluruh dalam menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahter­aan masyarakat.

Sementara itu antara program Hati Emas Kemahiran MARA 2017 termasuk senaman pagi bersama penduduk rumah panjang, MARA Fun Run 2017@ Kapit, penyerahan peralatan inovasi, pembinaan kolam oleh pelajar IPMa untuk projek inovasi dan Hati Emas Kemahiran MARA.

Turut diadakan ialah program Engagement MARA Tuisyen Rakyat @ KKLW Daerah Kapit,majlis yang diadakan di Dewan Sri Baleh.

 ??  ?? PENERANGAN: Nanta (tiga kiri) mendengar taklimat Pengarah Program Hati Emas Kemahiran MARA 2017-Kapit Michael Jangi semasa melawat tapak projek di Rumah Empawi Sawa Iba, di Nanga Sekukut, Sungai Yong, Kapit
PENERANGAN: Nanta (tiga kiri) mendengar taklimat Pengarah Program Hati Emas Kemahiran MARA 2017-Kapit Michael Jangi semasa melawat tapak projek di Rumah Empawi Sawa Iba, di Nanga Sekukut, Sungai Yong, Kapit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia