Utusan Borneo (Sarawak)

Tubuh badan bebas selesai isu pampasan FELCRA Berhad: Juanda

-

MUKAH: Kerajaan negeri harus mengambil langkah lebih drastik atas ketidakpua­san hati rakyat terhadap pihak Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (FELCRA) Berhad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, beliau mahu satu pihak bebas daripada kerajaan negeri dilantik dalam badan audit berkenaan hal itu.

“Sebagai permulaan kepada langkah awal penubuhan badan bebas itu, ia boleh dimulakan di kawasan saya DUN Jemoreng sebelum diperhebat ke 15 kawasan DUN lain,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Dalam badan itu nanti katanya, penduduk kampung, beliau sendiri serta wakil kerajaan negeri akan menyertain­ya.

Beliau menyatakan hal itu kerana masih belum memuaskan hati pihak penduduk kawasannya mengenai hal bayaran serta jalan penyelesai­an.

Menurutnya, tiada peningkata­n pembayaran ke atas peserta sejak 13 tahun lalu iaitu RM180 untuk setahun.

Pada masa sama, bayaran itu tidak mungkin statik kerana harga minyak sawit stabil dan pihak FELCRA bukannya satu badan yang kecil.

“Kita mahu audit dilakukan dengan betul dan jika terdapat kesilapan, penduduk mahu pampasan dibayar seadilnya,” jelasnya.

Perkara ini kerana beliau serta penduduk kampung mahu jalan penyelesai­an baik diambil antara kedua- dua pihak dan tidak mahu tuduhmenud­uh berlaku.

“Alangkah baiknya keduadua pihak dapat selesaikan dengan aman dan harmoni, jangan biar sehingga perkara ini melarat dan penduduk ambil tindakan sendiri,” tambahnya.

Juanda telah mengemukak­an perkara berkaitan pembayaran FELCRA yang tidak setimpal terhadap peserta di kawasannya pada Persidanga­n DUN baru-baru ini.

Namun, jawapan daripada pihak bertanggun­gjawab menurut beliau tidak memuaskan hati dan penduduk kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia