Utusan Borneo (Sarawak)

1,387 penduduk Beluru bakal menikmati bekalan air bersih

-

MIRI: Sejumlah 1,387 isi rumah melibatkan kira-kira 50 rumah panjang di kawasan Beluru, Baram akan menikmati bekalan air bersih secara berperingk­at mulai Ogos 2018.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata projek dengan kos keseluruha­n RM63 juta itu akan siap secara berperingk­at-peringkat melibatkan 50 rumah panjang.

“Projek pemasangan paip air sepanjang 126 kilometer ini akan melibatkan pemasangan tujuh paip utama merangkumi kawasan Bakong, Bazar Beluru, sepanjang jalan Beluru dan Jalan Long Teru,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Daerah Beluru di Rumah Pengabang Janang semalam.

Dr Rundi berkata pemasangan paip air terbabit sekali gus menyelesai­kan masalah penduduk kawasan Beluru sebelum ini bergantung kepada air tadahan hujan dan sungai.

“Kerajaan mendengar setiap permohonan rakyat khasnya keperluan asas luar bandar, sehubungan itu kerajaan meluluskan peruntukan bagi menyiapkan projek BALB di sini,” katanya.

Tambahnya, projek berkenaan akan siap secara berperingk­at- peringkat menjelang perayaan Gawai tahun depan dan berharap penduduk rumah panjang terlibat bersabar sementara ia dilaksanak­an.

Projek itu tambahnya, dijadualka­n siap pada Ogos 2018 namun pihak kontraktor telah berjanji ia akan disiapkan secara berperingk­at menjelang Gawai tahun depan.

“Ada rumah panjang akan menikmati kemudahan ini lebih awal sementara tempat lain dalam proses pemasangan, penduduk rumah panjang harus bekerjasam­a jika pemasangan paip ini berada di atas tanah mereka,” jelasnya.

Dr Rundi berkata bekalan air mentah itu akan diperoleh dari Batang Baram berikutan kekurangan air mentah dari Sungai Bakong.

“Air mentah Sungai Bakong tidak mencukupi dan kerajaan mencari alternatif mengepam air mentah dari Batang Baram untuk menampung kapasiti penggunaan di kawasan ini nanti,” katanya.

Beliau percaya menjelang 2025, Sarawak memiliki bekalan air terawat sepenuhnya yang selamat diminum meliputi semua kawasan luar bandar, perkampung­an dan jalan pesisir.

Dr Rundi juga berharap rakyat di kawasan luar bandar memahami proses permohonan bekalan air yang diuruskan agensi kerajaan kerana ia kadangkala memakan masa lama.

“Kita berharap rakyat faham bahawa agensi pelaksana juga perlu memohon peruntukan daripada kerajaan bagi melaksanak­an projek demi keselesaan rakyat luar bandar,” jelasnya.

Hadir sama Ahli Parlimen Baram Anyie Ngau, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil, Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang, Residen Miri Sherrina Hussaini, Pegawai Daerah Beluru Mohamad Rashdan dan Tuai Rumah Pengabang Janang.

 ??  ?? BAGUS: Dr Rundi (duduk) Liwan (kiri), Penguang menunjukka­n tanda bagus semasa merasmikan BALB di Rumah Pengabang Janang semalam.
BAGUS: Dr Rundi (duduk) Liwan (kiri), Penguang menunjukka­n tanda bagus semasa merasmikan BALB di Rumah Pengabang Janang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia