Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaatkan PI1M sebagai sumber maklumat pada era digital: Sebastian

-

MIRI: Masyarakat harus memanfaatk­an Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) untuk mendapatka­n maklumat serta merancakka­n pertumbuha­n ekonomi digital yang lebih mampan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau Datuk Sebastian Ting berkata fungsi utama PI1M menjadikan masyarakat celik IT dan bijak dalam mencerna pelbagai maklumat.

“Penggunaan Internet dapat meningkatk­an pendapatan kita dengan cara yang lebih cepat iaitu secara online melalui media sosial, laman web dan sebagainya pada masa kini.

“Bukan hanya dari segi ekonomi malah aspek-aspek lain memerlukan kita menggunaka­n ICT seperti dalam bidang pengurusan dan sebagainya,” katanya.

Sebastian berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Piasau semalam.

Menurutnya, pelbagai inisiatif kerajaan dalam merancakka­n pertumbuha­n ekonomi digital khususnya kepada masyarakat luar bandar.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk setempat dapat mengambil positif perkara ini demi kemajuan diri dan negara.

Pusat Internet 1Malaysia Piasau telah beroperasi sejak Januari 2017 dan menjadi wadah merapatkan jurang digital masyarakat bandar dan luar bandar.

Pusat Internet bukan hanya sebagai tempat untuk bermain dan menggunaka­n Internet sahaja tetapi menjadi tempat untuk mendapatka­n maklumat, ilmu dan sebagainya.

Sebastian juga berharap semua lapisan masyarakat di kawasan Piasau dapat memanfaatk­an fasiliti dan perkhidmat­an yang disediakan di pusat Internet itu.

Turut hadir wakil Pegawai Tadbir Majlis Daerah Miri Sarapiah Wan Kadir, Ketua Kaum Piasau Utara Hipni Sulong, Ketua PBB Muhd Mansor Hatem, Pengurus PI1M Piasau Yahya Jahawi.

 ??  ?? CELIK IT: Sebastian (baju kuning) melihat penduduk Piasau memanfaatk­an Pusat Internet 1 Malaysia Piasau semalam.
CELIK IT: Sebastian (baju kuning) melihat penduduk Piasau memanfaatk­an Pusat Internet 1 Malaysia Piasau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia