Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 100 penari ‘ballroom’ sertai ‘6th Miri Internatio­nal Dance Championsh­ip’

-

MIRI: Lebih 100 penari ‘ballroom’ dari Malaysia dan luar negara akan menyertai ‘6th Miri Internatio­nal Dance Championsh­ip 2017’ yang akan berlangsun­g pada 2 Disember depan di Eastwood Valley Golf & Country Club (EVGCC) di sini.

Pengerusi penganjur Helen Lai berkata pertanding­an itu bagi mempromosi sekali gus memperbaik­i standard tarian ‘ballroom’ dalam kalangan penari tempatan.

“Penari ‘ballroom’ tempatan berpeluang berentap dengan penari dari Hong Kong, India, Singapura, Belanda, Itali, Indonesia, Brunei dan Filipina.

“Saya percaya melalui penyertaan penari antarabang­sa, serantau dan dalam negara dapat mempromosi dan mewujudkan kesedaran Miri sebagai destinasi pelanconga­n,” katanya ditemui ketika bertemu dengan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin di pejabatnya di sini.

Menurut Helen, melalui acara itu diharapkan penganjur pertanding­an antarabang­sa dan serantau mempertimb­ang Miri sebagai lokasi pertanding­an lain sekali gus memberi manfaat kepada industri pelanconga­n,” katanya.

Turut menemui Lee ialah penganjur ‘ The Realm 3: Street Dance Showcase Championsh­ip’ yang merupakan sebahagian daripada program sambutan menjelang tahun baharu.

Pengerusi penganjurn­ya Jeff Chan daripada Timo- thy Dance Studio berkata, pertanding­an tersebut diadakan di pusat beli-belah Boulevard di sini pada 31 Disember depan.

“Kami mahu menyediaka­n landasan bagi penari di negeri dan rantau ini mempamerka­n bakat dan kreativiti mereka sekali gus mempromosi­kan tarian hip hop sebagai aktiviti sihat dalam kalangan belia,” katanya.

 ??  ?? PERTEMUAN: Lee (dua kanan) bertemu dengan pengerusi penganjur dua pertanding­an yang bakal diadakan di bandar raya Miri.
PERTEMUAN: Lee (dua kanan) bertemu dengan pengerusi penganjur dua pertanding­an yang bakal diadakan di bandar raya Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia