Utusan Borneo (Sarawak)

Warga asing disyaki menjadi mangsa eksploitas­i di Sungai Petani

-

SUNGAI PETANI: Lapan belas warga asing termasuk 17 wanita dan seorang lelaki berperwata­kan wanita, yang disyaki menjadi mangsa pemerdagan­gan manusia diselamatk­an dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Taman Tuanku Haminah dekat sini, tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Saifi Abdul Hamid berkata serbuan pada jam 12.30 tengah malam itu yang dijalankan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda selepas melakukan risikan sejak beberapa minggu lalu.

“Seramai 18 mangsa, berusia lingkungan 20-an hingga 30-an, iaitu 10 warga asing dari Thailand, enam dari Laos, dan dua dari Vietnam, yang disyaki menjadi mangsa eksploitas­i bagi tu- juan persundala­n, telah diselamatk­an.

“Polis turut menahan empat lelaki berumur lingkungan 30-an, disyaki bekerja sebagai penjaga premis hiburan terbabit dan mereka direman selama enam hari bermula semalam (kelmarin) bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Menurutnya, polis turut merampas peralatan yang digunakan dalam pusat hiburan terbabit serta beberapa buah kenderaan yang dipercayai digunakan untuk membawa pekerja asing terbabit ke premis hiburan berkenaan.

“Premis terbabit dipercayai menjadikan warga asing sebagai pelayan pelanggan malah lesen hiburan juga gagal dikemukaka­n sewaktu serbuan dijalankan,” ka- tanya.

Sementara itu, Saifi berkata, perintah perlindung­an sementara (IPO) telah dikeluarka­n kepada kesemua 18 mangsa dan mereka akan ditempatka­n ke pusat perlindung­an sementara di Kuala Lumpur dan Melaka, sepanjang tempoh siasatan dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana memperdaga­ngkan manusia bagi tujuan eksploitas­i; Seksyen 39( b) Peraturan Imigresen 1963 kerana warga asing bekerja di negara ini tanpa permit; dan Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan kerana menjalanka­n aktiviti hiburan tanpa lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya. — Bernama

Polis turut menahan empat lelaki berumur lingkungan 30-an, disyaki bekerja sebagai penjaga premis hiburan terbabit dan mereka direman selama enam hari bermula semalam (kelmarin) bagi membantu siasatan. ACP Saifi Abdul Hamid Ketua Polis Daerah Kuala Muda

 ?? — Gambar Bernama ?? DISOAL: Mazlan menyoal seorang penunggang motosikal dalam Operasi Trafik di Jalan Raja Laut awal pagi kelmarin.
— Gambar Bernama DISOAL: Mazlan menyoal seorang penunggang motosikal dalam Operasi Trafik di Jalan Raja Laut awal pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia