Utusan Borneo (Sarawak)

Pencemaran ammonia: Operasi kilang sawit digantung serta-merta

-

JOHOR BAHRU: Lesen operasi sebuah kilang memproses kelapa sawit yang menyebabka­n pencemaran ammonia terhadap sumber air mentah di Empangan Sembrong, Kluang, kelmarin, digantung sertamerta selama tiga bulan.

Penggantun­gan itu, kata Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat, bertujuan membolehka­n pihak kilang berkenaan menjalanka­n operasi pembersiha­n serta memastikan tiada lagi pelepasan sisa- sisa kumbahan kilang ke dalam sungai berdekatan.

“Kita juga ada beberapa syarat yang akan dikemukaka­n nanti untuk penambahba­ikan. Kalau mereka tidak memenuhi syaratsyar­at tersebut maka penggantun­gan akan disambung lagi di bawah Peraturan 4, Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pelesenan) 1977,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mengejut bersama pelbagai agensi di kilang itu serta lokasi kolam takungan sisa buangan yang menjadi punca pencemaran itu di Batu 3, Jalan Batu Pahat dekat sini, semalam.

Kata Ayub, selain menggantun­g, beliau juga telah meminta Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) untuk memberikan kompaun maksima RM250,000 kepada pengusaha kilang berkenaan dan membekukan Permohonan Lesen Abstraksi Air mereka.

“Kita harap ( langkah) ini boleh memberi pengajaran kepada kilang ini dan juga kilang- kilang lain yang berdekatan dengan sumber air. Kita sudah tidak boleh berkomprom­i dan harus bertindak tegas kerana ia melibatkan hal- hal kemanusiaa­n, bukan hanya saya tetapi untuk semua masyarakat.

“Kita juga minta masyarakat agar jangan mudah menuding jari kerana ini adalah tanggungja­wab besar tetapi kalau mempunyai tanggungja­wab bersama cintakan khazanah alam, saya yakin kita mampu jadikan Johor sebagai Johor Lestari,” katanya.

Semalam, Loji Rawatan Air (LRA) Sembrong Barat terpaksa memberhent­ikan operasi membekal air bersih kepada kira- kira 45,000 pemegang akaun Syarikat Air Johor ( SAJ) Ranhill Sdn Bhd selepas Empangan Sembrong yang menyalurka­n sumber air mentah kepada loji berkenaan, dicemari kandungan ammonia tinggi iaitu pada paras 20 bahagian per juta ( ppm).

Pencemaran ammonia ini merupakan kejadian kali keempat berlaku di Johor dalam tahun ini selepas kejadian di LRA Semangar, LRA Sungai Johor dan LRA Tai Hong baru- baru ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia