Utusan Borneo (Sarawak)

APMM bantu kru kapal asing dapatkan rawatan hospital

-

JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) semalam membantu menghantar seorang kru kapal asing yang terminum ‘thinner’ ketika dalam perlayaran, mendapatka­n rawatan di sebuah hospital di sini.

Warganegar­a Filipina itu dikenali sebagai Peter JR, 42, dan bekerja dengan kapal New Caeser.

Pengarah Maritim Daerah Johor Bahru, Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata bantuan itu dihantar sejurus menerima panggilan kecemasan daripada Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim ( MRSC) Johor Bahru pada jam 11.10 pagi semalam.

“Panggilan kepada MRSC itu dibuat oleh kapten kapal berkenaan dan memaklumka­n kapal berada di luar sempadan Malaysia iaitu di posisi lebih kurang 4.7 batu nautika barat daya perairan Tanjung Piai.

“MRSC kemudian meminta kapal itu memasuki perairan Malaysia untuk pertemuan dengan APMM bagi membolehka­n mangsa diambil (untuk dibawa ke hospital),” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, sebuah bot diarah mengambil mangsa dan tiba di lokasi pada jam 2.05 petang dalam keadaan laut bergelora.

“Pemeriksaa­n awal mendapati mangsa lemah. Mang- sa seterusnya dipindahka­n ke bot untuk dibawa ke Jeti Sungai Pulai dan kemudian di hantar ke Hospital Colombia Asia Gelang Patah untuk rawatan,” katanya.

Syed Nor Adli berkata kapal yang membawa muatan minyak itu difahamkan berdaftar di Hong Kong dan mahu berlayar ke Arab Saudi dari Singapura. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia