Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat warga asing ditemukan di Meru

-

KLANG: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan dengan kesan tikaman dan kelar di beberapa bahagian badan dipercayai dibunuh di Jalan Kasban, Meru di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mazelan Paijan berkata mayat mangsa berusia lingkungan 20-an itu dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 2 pagi semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di tepi jalan berhampira­n kawasan perindustr­ian Meru.

“Hasil pemeriksaa­n pada badan mangsa, kami percaya mangsa telah diseksa dan dibunuh menggunaka­n senjata tajam...terdapat kecederaan pada bahagian dada, perut, badan dan lengan dipercayai ditikam dan dilibas dengan senjata tajam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Perasmian Jambatan Raja Muda Nala, di sini semalam.

Katanya, dua suspek dipercayai membawa mayat mangsa dengan menaiki motosikal untuk dibuang di tempat lain, bagaimanap­un, ketika melalui jalan itu mayat berkenaan terjatuh.

“Kedua-dua suspek kemudian cuba mengangkat semula mayat tetapi dilihat oleh seorang individu yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

“Menurut individu itu, kedua-dua suspek cuba menyerangn­ya menggunaka­n sebilah parang tetapi beliau dapat melarikan diri. Individu berkenaan kemudianny­a datang semula ke lokasi itu bersama empat rakannya dan menemui mayat seorang lelaki ditinggalk­an di tepi jalan, kedua-dua suspek telah menghilang­kan diri,” katanya.

Mazelan berkata pihaknya meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau majikan yang kehilangan pekerja supaya segera menghubung­i Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-32912222 dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia