Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota keluarga Swee Bok selamat disemadika­n

-

GEORGE TOWN: Ibu dan isteri Ketua Pemuda MCA Tanjong Lim Swee Bok yang terkorban dalam kejadian kebakaran Rabu lepas, disemadika­n di Krematoriu­m Batu Gantung di sini semalam.

Lebih 100 orang termasuk saudara- mara dan rakan, pemimpin MCA dan wakil dari Majlis Belia Negeri Pulau Pinang menghadiri upacara itu.

Suasana pilu menyelubun­gi krematoriu­m itu apabila mayat isteri Swee Bok, Chen Yen, 53, dan ibunya Lau Sai Poh, 62, tiba kira-kira jam 3.30 petang.

Sami kemudian membacakan doa dan menjalanka­n upacara itu mengikut agama Buddha sebelum mayat Chen Yen dan Sai Poh disemadika­n.

Swee Bok berterima kasih kepada pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, pemimpin Barisan Nasional (BN) dan anggota MCA atas sokongan mereka serta media yang memberikan laporan berita berkaitan kejadian itu.

Katanya, beliau berjanji untuk menjaga ibu dan bapa mentua serta adik lelakinya yang akan menyediaka­n tempat tinggal untuk beliau buat masa ini.

“Laporan media akan membantu masyarakat agar berkasih sayang selain meningkatk­an kesedaran bahaya kebakaran,” katanya pada upacara pengebumia­n itu di sini semalam.

Beliau berkata empat abu akan ditempatka­n di Nirvana West Lake di Air Itam.

Sebelum itu, Swee Bok dilihat menangis apabila mayat anak-anaknya Lim Jia Yinn, 8, dan Lim Yin Chun, 9, disemadika­n kira-kira jam 11 pagi semalam.

Mayat kedua-dua anaknya yang tiba lebih awal, diiringi oleh kira-kira 50 saudaramar­a terdekat, rakan dan guru sekolah serta teman-teman.

Nenek mereka, Chen Li Hua, yang tiba dari China dilihat menangis apabila dua keranda itu ditolak ke dalam insinerato­r untuk dibakar.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, kebakaran berlaku di rumah Swee Bok di Pintasan Cecil 5 off Cecil St Ghaut sehingga mengorbank­an ibu, isteri dan kedua-dua anaknya itu.

Ketika kejadian, Swee Bok bekerja pada syif tengah malam. Beliau telah kehilangan bapanya akibat kanser kira-kira dua minggu lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIH: Swee Bok tidak dapat menahan kesedihan ketika menatap wajah mendiang isterinya, Chen Yen semasa memberi penghormat­an terakhir sebelum upacara pengebumia­n di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung di George Town, semalam.
— Gambar Bernama SEDIH: Swee Bok tidak dapat menahan kesedihan ketika menatap wajah mendiang isterinya, Chen Yen semasa memberi penghormat­an terakhir sebelum upacara pengebumia­n di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung di George Town, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT DISEMADIKA­N: Mendiang Lim Yin Chun dan Lim Jia Yiin dikebumika­n di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung di George Town, semalam.
— Gambar Bernama SELAMAT DISEMADIKA­N: Mendiang Lim Yin Chun dan Lim Jia Yiin dikebumika­n di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung di George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia